Dec 6, 2010

Maria Mariana Villa... (3)

 Seperti episod lepas, kami selaku anak dan menantu lelaki tetap meneruskan agenda laman dalam taman. Siap mencabut pokok lama, kami menambak tanah hitam. Siap menambak tanah hitam, kami menanam pokok baru pula.


 > Adif yang tidak boleh tengok peralatan berkebun bersepah. Dia-lah tukang kemasnya <


 > Demi mencari tanah hitam ( berkhasiat untuk tanaman) angah sanggup mencangkul tanah dihadapan kawasan Villa Maria Mariana <


 Itulah yang kami lakukan. Kronologinya mudah, semudah abjad yang direnda menjadi kata dan kemudiannya disusun mengikut turutan hukum kerja. Namun, praktikalnya tidak seperti yang difahami akal.


Keadaan sebelum tanah ditambah. Beberapa biji batu besar diletakkan untuk mengelakkan tanah daripada melimpah ke kawasan yang tidak di khendaki 

  > Kami di nuseri. Lelaki si pencari bunga haha..<




 Bermula daripada tengah hari sampailah ke malam, kerja-kerja menanam dan menghias pokok-lah satu-satunya aktiviti yang paling lewat selesai. Hujan renyai-renyai seolah-olah mencemburui kami. Walaubagaimanapun ini bukan faktor penghalang kepada kami untuk bermain dengan tanah.


 > Misi membeli bunga tamat. Kini bermula-lah tugas pasukan ini menanam dan menghias <

Hasil titik peluh kami bersama, 1 <

> Hasil titik peluh kami, 2 <

 Menurut angah pokok-pokok renek dan berdaun sengaja ditanam. Tambahnya lagi, pokok- pokok berdaun senang dijaga, tidak secerewet pokok bunga yang hanya cantik dipandang sebaliknya sukar hendak dijaga. Apatah lagi jika kawasan tersebut sukar mendapat cahaya yang mencukupi. Manakala pokok renek menjadi pilihan kerana ia nampak kemas, tidak berserabut. Ia sesuai di padankan dengan pokok yang lebih panjang selaku latarnya.




PENGALAMAN YANG  MENGASYIKKAN BERSAMA RIDOMA

6 comments:

ridoma said...

Hehe anak buah sy tu mmg rajin. Umor baru 3 tahun, dah pandai putar skru ensel pintu bilik. Bagun2 pagi je, habis berterabur skru2 atas lantai.

Bila ditanya siapa punya kerja. Dengan selamba dia menjawab " ni adif yang bukak. semalam abah tido. Adif pusing pakai skru drver ! lepas tu adif pusing pakai tangan sampai tercabut ha...". Muka dia selamba badak jer bercerita apabila neneknya tanya macam mana dia boleh bukak.

Bapak dia dah tak nak buat apa lagi. Asal ada tool yang tertinggal ditempat rendah, ada sahajalah kerja si adif n acap. Geleng kepala dibuatnya..

Hanis MY said...

Salam kenal...comelnyaa anak buah tu, mak aih kecik2 dah pandai putar skru mesti jenuh nak kutip and pasang balik...

Admin said...

uiks3.. si kecil tu..!
hehhe rjen btol die.. ^^,

hamihemo said...

terima kasih kerana follow..sebagai balasan heheh bukan dapat hadiah..ehhehe anda dfollow kembali..salam maal hijrah

ridoma said...

hanis: betul2, jenuh nak pasang satu hal, jenuh nak sorok tools pon satu hal...lain kali kalau nak buat kerja xboleh depan dia, nanti dia blaja melalui pemerhatian dgn cpt. huhu...

ahsfantasy24: hehe dia tu rajin sepanjang masa

hamihemo: tq kerana follow & slmt mymbt maal hjrah juga ya

♥yana♥daniel♥ said...

Biasa laa Farid budak2 zaman moden lagi advanced dari kita yang dah dewasa nie... Cepat mereka belajar dari apa yang dilihat sebab tu kalau benda2 tak elok jangan ditunjuk depan mereka... Past nie pandai2 sorok tools ditempat yang tinggi supaya tidak mudah untuk dicapai...