Beberapa jam kemudian barulah mereka tiba. Masing-masing melakukan kerja seperti yang telah dirancang. Kini tugas kami termasuk aku adalah mengemas di bahagian luar pula. Rancangannya mudah, si perempuan menyediakan makanan untuk lelaki, manakala si lelaki pula melakukan kerja-kerja pembersihan di bahagian laman dalam taman. Anak buah juga tidak ketinggalan, merekalah yang mengacau si ibu dan mereka jugalah yang mengacau si ayah.
>Batang paip vakum aku, bertukar menjadi alat imiginasi mereka yang kreatif !( mainan baru gamaknya)<
> Mata yang bakal merampas HP dari tangan aku ni. Bahaya budak tidak terjangka sorang ni hehe.. <
Along membeli ayam dan alang pula memasaknya. Mak dan abah tidak dibenarkan masuk campur. Hari ahad ini, mak dan abah rehat dengan sepuas-puasnya. Terpancar seribu kepuasan di wajah mereka tatkala melihat anak-anak mithali melakukan tugas.
> Along memotong ayam untuk dibuat sup. Si kecil disebelah pula tidak melepaskan peluang menyibuk disebelah mak longnya..<
> Alang masak di dapur. Inilah kepakaran yang ditimbanya dahulu..<
> Kerja-kerja memunggah tanaman lama yang telah menghutan ( Ini bukan pasukan dalam rancangan Casa Impian ya ? ) <
Sukar hendak melihat anak-anaknya berkumpul begini. Kebiasaanya adik beradik aku sibuk dengan tugas dan keluarga sendiri. Sesekali berkumpul, riuh jadinya. Mak dan abah aku berehat, tetapi tidak semudah itu.. ada sahaja gelagat anak buah aku yang membuatkan mereka tidak senang duduk. Ligat semacam.
> Meriah !<
Kadangkala gelagat mereka membuat kami semua tidak kering gusi melayan. Hilang rasa penat dibuatnya !
PENGALAMAN YANG MENGASYIKKAN BERSAMA RIDOMA
4 comments:
Bagus laa tur mengemas laman... Takut2 benda yang tidak dikehendaki pula bersarang... :)
harap2 tak ada-lah ye...
dah kemas tur insyaallah... hehe... best laa mak abah blh berehat anak2 mengemas... syok pula membaca tgh2 sakit kepala nie... :)
tak sangka pula menjadi terapi untk sesetengah pembaca ya. Alhamdulillah...
Post a Comment