Dec 4, 2010

My mom suspected having TB in her lung ! (5)

 Satu keputusan yang mengejutkan. Itu sahaja yang dapat saya katakan. Walaubagaimanapun, selaku umat Islam kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan sebarang keputusan setelah berusaha dan berdoa. Sekitar zohor mak menalifon saya yang ketika itu di halaman rumah.

 " doktor cakap mak dah boleh balik petang ni ". Kaget saya mendengarnya. Apakah ini satu gurauan?


 Bukankah mak baru sahaja masuk tidak sampai satu minggu ?. Saya sempat bermonolog seketika.

 " oh ok. Alhamdulillah kalau dah boleh balik. Nanti orang datang dengan abah ". Saya lekas ke dalam untuk menyampaikan abah khabar gembira.

 Hasil uji kaji makmal menunjukkan kahak ( sputum ) mak tidak mengalami apa-apa bakteria merbahaya. Dengan izin sekiranya saya boleh mengulanginya semula ayat yang tertera diatas repot tersebut, No significant pathogen isolated at 37 degree centigrade after 48 hours of incubation.

 Dua kaedah mengesan bakteria merbahaya tersebut di makmal iaitu melalui kaedah kultur dan ujian sensitiviti telah dijalankan. Keputusannya, kedua-duanya negatif sama sekali. Buktinya dapat kita teliti melalui rentetan repot Pathology yang telah dikeluarkan pada 29 November 2010 -2 Disember 2010.


Repot Phatology - 2/12/2010


 Alhamdulillah atas berkat doa daripada rakan-rakan blog, hari ini mak sudah sihat kembali. Kuasa Allah S.W.T tiada tolok bandingnya. Asalkan kita yakin dan beristiqomah. Tiada yang mustahil untuk kita kecapi dalam segala bidang, kerana inilah juga formulanya.

 Ribuan terima kasih kepada semua pembaca terutamanya yang tidak putus-putus mengikuti dan mendoakan kesihatan mak sejak hari pertama lagi. Tidak ada apa yang dapat saya balas, melainkan mendoakan kesejahteraan anda semua di dunia dan di akhirat. Cerita ini bukan hendak menunjuk pandai atau meminta simpati. Semuanya kerana ilmu. Pengalaman mampu memberi pengajaran.

 Apa yang saya mahukan apabila setiap kali saya mula menulis hanyalah semoga dunia blogger suatu hari nanti sekurang-kurang mampu mengembalikan zaman kemasyuran ilmu, seperti di Andalus. Kegilaan menuntut ilmunya tersebar luas sehingga memenuhi setiap pelusuk kota. Tatkala kota di Andalus di terangi cahaya lampu jalan, di Eropah pula jauh ketingalan diselubungi kegelapan. InsyaAllah !



PENGALAMAN YANG  MENGASYIKKAN BERSAMA RIDOMA

14 comments:

MyraAyreen ^^ said...

Alhamdulilah :)

zirconia said...

Alhamdulillah. Semoga emak anda sihat sentiasa =)

ridoma said...

terima kasih Myra dan kak zirconia.. saya tak kan lupa jasa anda semua..

.::: Princess MOMOY :::. said...

Alhamdulillah...
Semoga ibu awak sihat dan bahagia selalu...
MY RECENT POST: Pelaburan baru dalam AHB ?

misSbLurRy said...

syukur....

Cikgu wanie said...

Alhamdulillah....

ridoma said...

terima kasih Momoy, missblurry & waniey...

♥yana♥daniel♥ said...

Alhamdulillah.... Mesti lega hati awak & family... Syukran yazilan...

ridoma said...

terima kasih yana...

ANISRAHIM said...

bru suspect ke? kene buat follow up ni..

ridoma said...

dah disahkan. em tp ye dia kne buat follow up selalu lepas ni.. bg mmstikan dia bnr2 sht. terima kash PG =)

Unknown said...

alhamdulillah..syukur sbb da kembali pulih..

syamimihaziqah said...

Alhamdulillah syukur :))

ridoma said...

terima kasih apek & ieqa