Embun subuh membasahi dedaunan. Belum sempat kering, hujan turun dengan lebatnya. Habis musnah corak-corak artistik yang terbentuk hasil himpunan zarah-zarah halus sejak awal malam tadi. Kucing di bahagian belakang rumah, berpencak sesama sendiri. Bising ! jam randik ( jam randik ? hehe jam loceng-lah ) di atas meja, jam zaman Tok Dol aku masih mampu berdering dengan kuat dan berjoget-joget kira dan kanan. Bising !
Buang selimut, buang bantal, buang tahi mata. Aku bigkas solat. Sebaik sahaja aku membuka pintu, seekor lembaga hitam
( kalau lembaga bertukar menjadi warna hijau.. Lembaga Tabung Haji ! haha.. ) sedang berdiri di daun pintu sambil merenung jauh ke dalam anak mata aku. Potong stim hendak ke tandas sungguh ! Aku menyepetkan lagi mata aku seolah-olah sedang mengantuk. Helah supaya aku dapat berundur ke belakang semula dan berpura-pura tidur di atas katil. Jika memilih posisi statik (berdiri di hadapan objek) aku akan cuba mengelak sebanyak mungkin peratusan daripada memberi tindak balas selaku manusia bernyawa. Inilah sahaja caranya hendak melepaskan di daripada saat genting berhadapan dengan makhluk jadian .
" ha dah bagun pun kau, sini tolong mak kemas rumah sekejap lagi dah datang hero-hero (cucu kesayangan mak ) tu langsung kau tak boleh buat kerja ". Aik macam pernah aku mendengar suara ini, tetapi di mana ya ?.. mana mungkin lembaga hitam ini menyerupai suara mak aku ?.
Aku membesarkan mata sepet aku ini sedikit demi sedikit. Otak mula memancarkan isyarat agar lensa mata memberi tumpuan terhadap objek.
" oi ni mak la ! buat dono je..pergi basuh muka cepat !"
Sekali mak aku da.. rupanya dia-lah makhluk jadian yang terpacul tadi. Terkejut aku. Mak memberitahu ini-lah masanya untuk aku mengemas bahagian dalam rumah. Mengikut perancangan semalam, kakak dan abang aku hendak datang. Mereka hendak melakukan gotong-royong membersihkan halaman Maria Mariana Villa !
Gotong-royong perdana di Maria Mariana Villa ? alamak ! segalanya ligat bermain difikiran aku. Meriah. Memang meriah. Disebalik kemeriahan, anak buah aku.. dasyat ! ah tidak penting semua itu. Sepantas kilat aku mengalas perut. Sepantas kilat juga aku mencapai peralatan mengemas rumah. Macam lipas kudung.
Fasa pertama, terkandung tiga perkara asas yang aku perlu laksanakan. Susun atur barang-barang yang bersepah, vakum dan mop lantai. Kelihatan dibahagian bawah sofa, bermacam-macam biskut ada. Botol susunya pula sengaja di tonyoh-tonyoh di atas lantai.. habis bertompok-tompok. Satu hal lagi yang perlu aku hadapi selepas ini. Ini semua hasil karya anak buah aku yang hyperactive itu. Marah pun tidak sampai hati. Comel punya pasal. Letih aku di buatnya.
Puas berhempas pulas di fasa pertama, kini aku ke fasa dua. Mengelap tingkap yang sudah berzaman tidak di lap. Berhabuk. Banyak surat khabar lama yang terpaksa aku korbankan. Dulu aku mengelap menggunakan kain bersih, tetapi hasilnya tetap tidak bersih. Namun selepas aku terlihat seorang perempuan cina mengelap cermin di hadapan kedainya dengan surat khabar dan mendapat hasil yang bersih, lalu aku mengikuti kaedah yang sama sepertinya.
Alasan ini diperkukuhkan lagi setelah aku melihat mat Pakistan sewaktu di tanah haram, Mekah yang juga mengelap cermin hotel mengunakan surat khabar. Keyakinan aku terhadap surat khabar semakin membuak-buak. Buktinya, cermin tingkap di Maria Mariana Villa betul-betul bersih macam tingkap mereka !
\
Selesai kerja mengemas, aku berehat. Aku tidak tahu hendak buat apa. Bosan melanda. Sementara menunggu adik beradik aku sampai ke Villa, aku mengambil keputusan untuk berehat ditepi kolam halaman Maria Mariana Villa sekejap. Ambil angin, tenangkan minda sambil melayan perasaan menghayati Nishikigoi membelah air kolam. Libasan gemalai ekornya bak kain sutera yang menyapu hati si pemerhati-pemerhatinya.
PENGALAMAN YANG MENGASYIKKAN BERSAMA RIDOMA
5 comments:
waaa
seronok laa
buat ramai ramai
kt uma zazaw
zazaw buat sorang jeeee
haha belum ramai lagi..episod sekejap lagi baru ramai..
Farid mengemas seorang-seorang memang penat tapi kalau ramai2 memang seronok... Yang lebih seronok bila anak2 buah kesayangan tolong wat sepah... Sbb uncle "sayang" takkan mara nnt uncle kemas balik sorang-sorang...
farid: itu laa pon ary nak berkasih sayang ngan family... :)
Liyana: okeylaa tur blh jadi model terbaru.. hehe :)
hehe ya...
Post a Comment