17/12/2010
Satu lagi usaha Penguatkuasa Jabatan Agama Islam bersama-sama X ( keluarga mangsa dan mangsa sendiri ) untuk mencari jalan penyelesaian. Semuanya bagi menjawab kembali tuduhan Z terhadap mahkamah yang seolah-olah berkonspirasi untuk mengenakannya, serta rasa tidak puas hati Z terhadap tindakan Ustaz Hussin ( selaku individu yang telah berjaya membongkar tembelangnya ).
Z berkali-kali mengatakan, sesungguhnya dia dianiaya oleh pihak tertentu. Kendatipun begitu, tindakannya itu sekadar mahu mengaburi pandangan si mangsa. Mangsa yang telah ditaburi ayat-ayat cinta sememangnya keliru. Dia ibarat lalang, kadang ke kanan dan kadang ke kiri.

Hasil siasatan Ustaz Hussin menunjukkan Z telah bersubahat dengan orang dalam Mahkamah Syariah, serta mengarahkannya supaya mengeluarkan surat cerai palsu.
Surat tersebut dikesan mempunyai pelbagai perbezaan, antaranya tidak berkepala alamat, cop rasmi jauh lebih kecil saiznya berbanding saiz cop rasmi Mahkamah Syariah yang asal dan kesilapan taip yang dipadam dengan mengunakan liquid paper !
Adakah logik diterima akal, mahkamah membenarkan surat urusan rasmi dikeluarkan dengan kesilapan besar seperti itu ?

Pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah sebulat suara mengambil tindakan tegas terhadap Z, kesnya juga bakal disiasat dan dibawa ke pengetahuan SPRM. Inilah kes yang paling rumit, seorang lelaki yang licik, sedaya upaya melepaskan dirinya miskipun sudah berkali-kali melakukan kesilapan.
Dia tahu dia bersalah, lalu dia berkata.." saya memerlukan seorang peguam untuk mempertahankan diri saya."
Antara kata-kata baculnya lagi, " peguam saya menasihatkan agar tidak pergi bersama-sama X ( keluarga mangsa penipuannya ) ke Jabatan Agama Islam Wilayah pagi ini untuk menyelesaikan kesulitan yang berlaku."
Dia berkata demikan pada pukul 9 pagi, sedangkan pada pukul 12 tengah hari menurut rakannya, Z baru sahaja meminta nombor telefon peguam terbabit daripadanya. Ini bermakna dia menipu ! Takutnya kerana salah.
" Saya akan memperjuangkan hak saya habis-habisan, takkan saya nak berdiam diri."
" Ini soal maruah nama baik saya. Mahkamah dan penguatkuasa itu telah menghina saya dan mereka akan saya saman ! ."
Bagi saya mudah, jika benar Z tidak bersalah, mengapa dia mengelak daripada dua pertemuan iaitu pada 16 dan 17 Disember tahun 2010, setelah pertemuan pertama iaitu 15 Disember 2010.
Tiada siapa yang mengancam hendak memukulnya, apa yang ada hanya dokumen permohonan nikah dari Z sendiri, rekod lampau Z dari Mahkamah Syariah serta Jabatan Agama Islam tempat di mana Z melafaz rujuk pada isterinya semula.

2 comments:
Ayat biasa bila tembelang pecah... Kepada semua wanita ambik ikhtibar...
Farid: TQ sebab berkongsi info...
sama2.. yang menjadi masalahnya wanita sekarang suka mencuba, bila dah terkena, dah tak guna lagi. keluarga nak tolong pon susah. kata2 lelaki jahat tu juga yg didengarinya. apa kata lelaki jahat tu semua betul. seolah2 dipukau. apa pon, better mencegah daripada mengubati...jauhi !
Post a Comment