Khutbah Jumaat membincangkan mengenai isu pergaulan bebas dalam kalangan anak-anak muda. Dari tahun ke tahun, statistik anak luar nikah dibongkar. Rekod saban tahun menunjukkan peningkatan jumlah mengikut usia.
Apa yang merisaukan mimbar, anak-anak muda pada hari ini bukan sahaja mahu menghasilkan anak, bahkan berani membunuh anak dengan cara yang kejam. Sedikit sebanyak sekiranya diamati, perbuatan mereka seolah-olah mengulangi budaya pada zaman jahiliah.
Pada zaman itu, bayi-bayi perempuan yang dilahirkan para ibu ditanam hidup-hidup manakala bayi lelaki dibiarkan meneruskan kehidupannya. Namun kini, tanpa mengira bayi lelaki atau perempuan hasil perbuatan zina oleh ibu bapa yang tiada ikatan pernikahan, bayi yang tidak berdosa ini dibuang merata-rata. Hatta, ada yang sanggup membakar zuriat tidak sah taraf ini untuk menutup malu.

Oleh yang demikian, di sinilah ibu bapa seharusnya memainkan peranan dalam memberi kefahaman yang kukuh kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa perlu menanam benih-benih daulah Islamiah di dasar sanubari anak-anak, agar insan berakhlak mulia dapat dilahirkan. Logiknya, dari individu akan lahirlah masyarakat dan akhir sekali membentuk negara. Jika rosak sesuatu individu, maka rosaklah sesebuah negara.
4 comments:
kalah binatangkn? nafsu apa la dieorg ni..
Hanya orang tak waras jaa yang sanggup buat macam nie... (kalau dolu-dolu)... Tapi semakin maju dunia semakin anak-anak hilang moral inilah duania akhir zaman...
masjid arwah nenek saya dimandikan, dikafankan & disembahyangkan..:(
sbr ye.stiap yg hdp psti akn merasainya nti..
Post a Comment