Dulu semasa kecil..
Saat di menara gading..
Benar kata orang, mak bapak boleh menjaga sepuluh orang anak, tetapi seorang anak belum tentu boleh menjaga kedua ibu bapanya. Kejam ! langsung tidak berhati perut. Sudah senang sedikit, langsung dilupakan jasa mereka yang telah membesarkannya berpuluh tahun. Adakah segulung ijazah atau diploma mengajar kita agar lupa akan jasa mereka yang menyekolahkan kita sehingga dewasa ?
Jasa mak bapak dilupakan..
Paling menjengkelkan, masalah ini bukan sahaja berlaku kepada si anak yang telah bekerjaya, bahkan ia juga turut berlaku kepada si anak yang masih bergantung hidup dengan kedua ibu bapanya sendiri. Baru setahun jagung, hidup pon teraba-raba, sudah pandai menderhaka.
Rezeki secupak diberi rasa, diungkit bagai seumur hidup telah menabur bakti. Sedangkan mak bapak tidak sedikit pun mengeluh membesarkan mu.
Benar kata orang, buang mak buang bapak, kerana kekasih aku turutkan. Mak bapak yang telah membesarkannya dikatakan puaka, jantan setahun dua dikanalinya dikatakan teman sehati sejiwa sampai ke syurga. Hilang akal ! adat orang kurang ilmu pengetahuan agama. Semoga mangsa sedar akan perbuatannya dan kembali ke pangkal jalan. InsyaAllah..
5 comments:
huhu..btul2 jasa mak bapak smpai bila2 harus di ingat..
syafiq: kunci keberkatan rezeki terletak pada ibu dan ayah..
uit... jangan derhaka.. buruk padahnya karang..
tq sbb komen..dah polow anda
a'im: terima kasih..yup btul tu,bruk padahnya if derhaka kpd ibu bpa
Sebagai seorang anak kita perlu menghargai jasa kedua ibu bapa kita, tanpa mereka siapa kita nie?? tanpa mereka kita tak mungkin akan berjaya seperti sekang... :) hargailah mereka ketika mereka masih bernafas, jagalah mereka kerana mereka begitu berharga. Tiada nilai untuk dibandingkan dengan mereka :)
Post a Comment