May 8, 2011

Mencintamu tanpa jemu !



Dari Abu Hurairah R.A. ' Datang seseorang menemui dengan Rasulullah S.A.W. dan dia bertanya', " Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk aku bergaul dengan baik dengannya?". Baginda S.A.W. menjawab " Ibumu." " Kemudian siapa?" " Ibumu". "Kemudian setelahnya siapa?" " Ibumu". Untuk kali berikutnya orang itu bertanya, "Lalu siapa?" " Bapamu". Jawab Baginda S.A.W.


Hadis ini jelas menunjukkan betapa tinginya darjat seorang ibu. Wanita yang mengandungkan, melahirkan dan menjaga kita sehingga dewasa. Wanita yang sanggup berkorban demi anak-anaknya yang tercinta. Wanita yang tidak pernah meminta segala keringatnya dibalas dengan harta berjuta meskipun pengorbanannya terlalu tinggi nilainya.



Sucinya hati seorang ibu, tatkala anaknya bangun di tengah malam mahu diberi susu, dia rela tidurnya terganggu selalu. Pabila anaknya sekadar demam biasa, dia runsing tidak terkira. Tiap langkah anaknya, diiringi doa kudus ibu yang tercinta. 


Musim peperiksaan yang tiba buat si anak, si ibu bersujud pada Yang Esa agar diperkenankan doa anaknya dan dia. Sewaktu dia sibuk membahagiakan diri anak-anaknya, tidak pernah dia meminta agar " Pujilah aku". Segala keperitan di jiwa seorang ibu dipendam jauh. Dia tahu, pahala yang besar selalu datang bertamu.


Anak-anak...jangan biarkan ibu menyebut kata-kata yang tidak baik untuk kita. Kerna tiap kata-kata si ibu ibarat doa dalam hidup kita. Hargailah dia,  sayangngilah dia, cintailah dia. Pandanglah wajah ibu, di situ beroleh pahala. Pandanglah redup mata ibu, selamilah jiwanya. Dia terlalu menyayangi kita. Kiranya dia berleter, anggaplah itu sebagai hiburan kita. Kiranya dia menasihati, peganglah nasihatnya.


Capailah telefon di sisi kiranya ibu jauh, hubungilah dia dan hiburkan hatinya. Dia merindu anaknya. Jika dia serumah dengan kita, capailah tangannya dan peluklah dia, dia pasti terharu atas penghargaan itu. Kirimkanlah doa jika dia sudah tiada di sisi buat selama-lamanya. Semoga dia berbahagia di alam sana.


Doakanlah untuk kebaikan dirinya. Ucapkanlah kata-kata sayang kepadanya. Dia terlalu berharga dalam hidup kita. Bonda, sungguh bererti bagi kita.


DOA UNTUK IBU BAPA 


" Ya Allah ya tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani diriku semasa kecil".





16 comments:

Mama Ida said...

really nice entry...

renjerkabloi said...

aminnn....:)

hafiz hafizol said...

selamat hari ibu ridoma.. Muahahaha.. eh salah.. Mak ridoma..

M Fizan said...

best2..huu
feel free to follow me :)

sha said...

best.. Plg suka pic bunga ros tu.
TQ jugak letak kan ayat doa kpda ibu bapa. selama ni salah baca rupanya.. tertinggal sikit.

TQ ya, perkongsian yg baik.

Fariduddin El-Islam said...

mama ida: terima kasih..

Fariduddin El-Islam said...

renjerkabloi: =)

Fariduddin El-Islam said...

Hafiz: haha ye2 mak ridoma

Fariduddin El-Islam said...

M fizan: =)

Fariduddin El-Islam said...

Sha: sama2.. semoga perkongsian ini, mengeratkan kita semua (bloggers)

anotherstep said...

http://livelikeyoushould.blogspot.com/2011/05/cukuplah-mati-sebagai-peringatan.html

nurfa22 said...

tanpa ibu, siapalah kita..

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Salam,
Admin Blogger Selangor in the house!
Ibu paling penting sekali dalam kehidupan, sebab kita cuma ada 1 mak saja =')

www.klangselangor.blogspot.com

AL AZRUL said...

ibu, permaisuri hati.. :)

Si Tuyuk said...

rindu pulak dengan ibu..hurm..awk sy dah follow awk..

nana kamarul said...

Thanks for sharing :)