b. Tidak seperti di barat, budaya menghormati ibu bapa sudah luntur. Anak-anak sudah menjadi kebiasaan menengking ibu bapa. Sehingga-lah pada suatu hari, seorang wanita yang juga bergelar ibu meminta agar satu hari dalam setahun diadakan sambutan hari ibu.
Tujuannya agar anak-anak disana memberikan hadiah kepada ibu masing sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan terhadap pengorbanan seorang ibu. Disinilah bermulanya peristiwa hari ibu yang jatuh pada 8 mei ini.
c. Berikut merupakan tafsiran Surah Luqman, ayat 12-191 sebagai pedoman kita bersama:
12. " Dan sesungguhnya, Kami telah memberikan hikmah kebijaksanaan kepada
Luqman, iaitu: " Bersyukurlah ( kepada Allah ), maka ssungguhnya dia bersyukur untuk
dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur ( kufur ), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Lagi Maha Terpuji ."
13. " Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi
pelajaran kepadanya; " Wahai anakku ! Janganlah engkau mempersekutukan Allah,
sesungguhnya mempersekutukan ( Allah ) adalah benar-benar kezaliman yang besar."
14. Dan Kami perintahkan kepada manusia ( agar berbuat baik ) kepada kedua orang
tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-
tambah dan tempoh menceraikan susun-ya ialah dalam usia dua tahun. Bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali.
15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu
yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati
keduanya; dan bergaullah dengan keduanya didunia dengan baik dan ikutilah jalan
orang yang kembali kepadaKu. Kemudian hanya kepadaKu tempat kembalimu, maka
akan Aku beritahu kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
16. ( Luqman berkata ): " Wahai anakku ! Sesungguhnya, jika ada ( sesuatu perbuatan )
sekalipun seberat biji sawi serta ia a tersembunyi didalam batu besar atau dilangit ataupun di bumi, nescaya Allah akan memberinya ( balasan ). Sesungguhnya Allah Maha Halus, Lagi Maha Teliti.
17. Wahai anakku ! Lakukanlah solat dan suruhlah ( manusia ) berbuat yang makruf
dan cegahlah ( mereka ) daripada yang mungkar dan bersabarlah terhada apa
yangmenimpamu., sesungguhnya yang demikian itu termasuklah perkara yang penting.
18. Dan janganlah engkau memalingkan wajah daripada manusia ( kerana sombong )
dan berjalan dibumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang
sombong dan membanggakan diri.
19. Dan sederhanakanlah dan berjalan dan rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya
seburuk-buruk suara ialah suara keldai.
* Tafsir Al-Quran, 2009. Dr. Maheram binti Ahmad, 412, Cetakan Petama 2009, Selangor.
6 comments:
gambar tu di ambil di masjid mana?...
Alhamdulillah... selamat beramal..
khairil: masjid arab
hafiz: InsyaAllah..terima kasih
terbaek entri ini.. :')))
sarah honey: tq =)
Post a Comment