May 22, 2011

Minggu Pertama.


 Siapa kata sesi praktikal menakutkan ? sesi praktikal sebenarnya lebih senang daripada belajar di kampus, cuma disini sedikit membosankan. Setiap hari aku datang awal demi mengelak kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur. Seawal 7 suku pagi aku sudah sampai.

Kaedah memasukkan TSI ke dalam tube.

 Setiap hari aku masuk kerja pukul 8 pagi. Kebiasaannya aku masuk lebih awal, tetapi sengaja aku tulis pukul 8 pagi dalam buku kehadiran pelajar Latihan Industri (LI) sebab senang. Tengah hari pula waktu aku berehat. 

 Aku tidak pernah makan di kafe sepanjang semiggu aku menjalani praktikal disana kerana kebetulan aku berpuasa. Kecuali pada hari Jumaat, tetapi aku tetap tidak singgah ke kafe kerana tidak berasa lapar.

Mesin TOUHCLAVE.

 Minggu pertama, aku ditugaskan membuat agar media dan menjaga kaunter spesimen. Aku diajar mengunakan mesin yang mereka gunakan. Seperti biasalah, tidak semua masa yang ada dihabiskan untuk mengajar, sesekali staff di situ menguji kapasiti teori yang telah kita timba di kampus dahulu.

 Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Cuma ketika di kaunter, kerja aku sedikit berbahaya kerana spesimen yang aku terima berisiko tinggi untuk berjangkit.

Menuang BA agar ke dalam plate dengan mesin POURMATIC.

 Sample diterima kemudiannya diasing-kan mengikut jenis ujian yang bakal dijalan-kan. Misal-nya, ujian untuk TB, fungi, sterile, parasit, virus, dan kawalan infeksi.

8 comments:

Ainismaira said...

wahhh bestnya ...

ridoma said...

ainismaira: best..hehe

Just Mini Love said...

bestnye ;)

zirconia said...

selamat menimba ilmu :D

Scha Nazri said...

wahh. amek cos apa kat u kolej dlu?

syaz follower ke-500. yeahhh!

ridoma said...

ieyza afieyna: yeke ni best...? try tgk =)

ridoma said...

zirconia: tq kak. Ilmu ditimba tnpa mgnal erti jemu..

ridoma said...

syazana: kt UiTM dlu amik Medical Technology...