Jun 4, 2011

Salahkah ku dibogelkan dihadapan mu?

 Hidupku sebatang kara. Mengapa ? memang benar aku tiada tempat untuk bergantung, apatah lagi aku hanyalah sebatang kara, kurus rincing. Ke mana sahaja aku pergi, sudah pasti ada tangan-tangan nakal yang meraba badanku.




 Kadangkala, lebih dari itu, ada yang sanggup meramasku atau melepaskan geram dengan mengigit manja. Hairan. Aku tidak merasakan perwatakan ku menarik (seksi) bak Angelina Jolie atau sekacak Presiden Obama.



 Kebiasaan bagiku kerana sebelum mandi, aku berbogel. Ini pun jadi isu ! semua orang pun sama-kan ? semua mahu melihat warna kulit ku dengan lebih dekat lagi. Pantang tengok yang licin sikit, ada sahaja yang berebut mahu. Semalam aku berbogel di hadapan rakan sekerja.. salahkah ku berbogel di hadapan mu ?

Sebelum..
Selepas..

Kerana aku hanyalah sebatang pencil karbon. Bukan pensil goncang atau pencil picit ya ?!

3 comments:

_naJw@_~. said...

ingt ni karangan darjah 6 ker?haha

ridoma said...

najwa: haha

Hazwan said...

brape tah markah nak bagi ni..



http://kalampatah.blogspot.com/2012/06/awang-bersarapan.html