Aug 30, 2011

Sambutan Hari Raya Aidilfitri wajib ada 3 perkara.

Tanpa ketiga-tiga ini,
 maka tidak beraya-lah
 ataupun beraya tetapi tidak meriah.

 Trend yang sudah menjadi budaya. Sebut sahaja Hari Raya Aidilfitri, kebiasaannya difinasi hari raya yang lebih dekat di jiwa kita. Apabila sampai Syawal, rata-rata kita beraya sakan tidak ingat dunia.

 Sebaliknya Aidilfitri, kembali kepada fitrah jauh dilupakan. Beberapa perkara yang menjadi kewajipan sesetengah daripada kita, sehingga ada yang menyandarkan bulat-bulat mood  rayanya pada tiga perkara:

  1. Persiapan makanan
  2. Baju raya
  3. Lagu raya
 Tanpa ketiga-tiga ini, maka tidak beraya-lah ataupun beraya tetapi tidak meriah.

 Jarang sekali yang menyandarkan mood rayanya kepada pencapaian ibadah mahupun bersedih dikala Ramadhan pergi meninggalkannya. Seharusnya kita lebih menjiwai kedatangan Syawal kali ini kerana kedatangannya kali ini bersama hari Merdeka.

 Kedua-duanya mempunyai kejayaan yang hampir sama, iaitu merdeka rohani atau jiwa daripada sebarang kemusykilan dan merdeka dari segi fisikal. Namun ketibaan syawal menandakan kejayaan hakiki sepanjang sebulan di tarbiah Ramadhan.

4 comments:

Syarafina Zaini said...

semua ada.. jom beraya.. bawak2 duit raya tu.. :p

Siti Nurazlinda said...

selamat hari raya :)

ridoma said...

syarafina: hehe bawak ketupat jela ek..

ridoma said...

siti nurazlinda: slamat hri raya aidilfitri juga =)