AUKU
Detik ini, gerakan tumbuh meliar. Seolah-olah melewati batasan yang menanti rebah. Adapun gerakan ini didokong setia ideologi jarang, yang sudah tercalit mahu sahaja niatnya tercapai.
Dua cabang penyampaian sesuatu arus gerakan. Pasif, mahupun aktif. Baik kedua-duanya cabang ke arah merealisasi matlamat.
Lazimnya, arus aktif itu tidak melanggar fitrah. Namun sebelum menyelusuri jauh, adakah cukup persediaannya menantikan tamparan dalam mahupun luar, apatah lagi mampu bertangungjawab setelah mendapatkan haknya ? Maka lihat, jalinan ukhwah dan ilmu bagi menjamin kesanggupan semua.
Fizikalnya sahaja sudah terlihat kegagalan. Tak terkira hak-hak jalanan diingkari. Sudah jauh.. jangan pertembungan zaman senang-senang dianggap hikmah dalam arus gerakan, selera nafsu yang tak tentu hala.
Bukan itu caranya, kerana terlanjang sudah kejahilan dalam arus kemaraan. Pasif pula dilihat lebih selesa menongkah arus. Rasional walau dendam mahupun amarah. Kemaraannya dominan, gantinya juga dominan. InsyaAllah berkekalan matlamat di bawah naungan abadi.
Dalam gerak maranya ada waspada. Andai digertak, sedia bertahan. Andai leka, tidak putus mara. Arus tenang senang mengumpul potensi, dari itu berkatlah kuasa majoriti. Kelihatan misinya, seluas dunia.
Persoalanya, apakah peralihan kuasa setempat semata-mata sudah cukup ? Acap kali diri ini alpa akan sejarah. Kuasa besar tidak sekali-kali pernah duduk senang, apatah lagi membiarkan biji matanya melihat tertegaknya negara mengikut acuan sendiri.
Nasibnya baik jika negara itu turut mendokong ideologi songsang yang amat gemar dilihat mereka. Maka hati-hatilah wahai generasi ku. Ayuh paham hakikat fitrah, keluar daripada arus buta.
Peringatan bekas naib canselor UiTM suatu ketika dahulu, kini benar-benar terjadi.
Insiden UPSI
Rasionalnya belajar dahulu.
No comments:
Post a Comment