Mar 6, 2012

3 rahsia menambat hati pembaca.


Rahsia # 1 - Ringkaskan perenggan untuk pembaca.




 " Menarik tajuk artikel ini, tetapi semakin dibaca, semakin aku tidak faham dan membosankan." Kata-kata sebaik sahaja membaca sesuatu yang serabutkan kepala kita.

 Ayat yang panjang berjela sehingga berbelit-belit. Akhirnya menyukarkan pembaca untuk memahami apa yang ingin disampaikan penulis.

 Kelihatan serabut apabila terlalu banyak ayat dalam satu perenggan. Kesannya, pembaca akan tertanya-tanya bilakah penghujungnya dan membebankan.

 Rahsianya ?

 Pembaca gemar sesuatu yang cepat, ringkas dan padat. Pastikan satu perenggan kita tidak melebihi daripada 3 ayat.


Rahsia # 2 - Istilah yang di fahami umum pembaca.




 " Aduh, sakitnya patella* aku..! " Jerit Razak sebaik sahaja jatuh ketika dalam permainan bola sepak.

* Tempurung lutut.

 Tidak semua pembaca memahami istilah bahasa yang digunakan dalam sesetengah jurusan atau profesion. Sebaik-baiknya elakkan pengunaan istilah tersebut dalam penulisan kita. Ayat yang kurang di fahami, membantutkan minat pembaca.

Rahsianya ? 

 Gunakan ayat yang mudah difahami umum lapisan masyarakat. Sesiapa yang berjaya memberi kefahaman kepada orang lain, sedangkan perkara itu sukar untuk dijelaskan. Maka dia adalah bijak bagi saya.


Rahsia # 3 - Jaga hati pembaca.




 Berlebih-lebihan dalam menerangkan sesuatu situasi. Misalnya aksi romantis atau penggunaan bahasa kesat.


 Tujuannya bagi menimbulkan rasa tersentuh dalam hati pembaca. Tidak semua pembaca mempunyai tahap emosi yang sama dengan penulis pada ketika dia membaca penulisan kita.

 Rahsianya ?

 Jauhi daripada mengunakan ayat berunsur lucah atau mencarut. Tidak timbul isu karya yang kurang berkesan jika tidak mengunakannya. Sedih, seram atau humor, pastikan ada batas dalam penceritaannya.

4 comments:

Unknown said...

aku suka tulis anjang-panjang.. untuk kepuasan sendiri... hahahhaa

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/tebiat.html

jemput kunjung ke blog saya. komenlah seadanya... menyokong dan menghargai sesama kita.

zul a.k.a sam banjamin
(founder of gerila penulisan kreatif)

Cik Puan Muda Umi said...

a'ah betol..tak berapa suka bca ayat panjang2..mcm serabut..buat perenggan nmpak kemas..;)

ridoma said...

sam benjamin: Betul tu. Tak mengapa saudara menulis panjang2. Tapi pastikan saudara dan pembaca blog saudara juga memahaminya dengan mudah.

ridoma said...

CPMU: terima kasih =)