Mar 9, 2012

Muka berseri-seri

Gua dengan video kamera gua yang sedang berangan nak jadi cam Saiful Nang.

 Eh semakin berseri-seri muka gua. Gebu semacam pengantin, hehe..

 Hah begini ceritanya. Minggu lepas, gua ditugaskan oleh abang gua sebagai videographer untuk sebuah majlis perkahwinan. 

 Usai solat Jumaat berjemaah di Masjid Cheng. Gua dan abang gua terus ke rumah pengantin.

 Majlis bermula dengan nikah, malam berinai kemudian bersanding pada keesokan harinya. Kerja gua senang. Mana ada mempelai, di situ gua pacakkan kamera video gua, merakam saat bahagia mereka.

 Berpeluh satu badan gua, lencun. Mana tidaknya, berpusu-pusu orang ke dalam rumah sehingga sendat. Macam sardin dalam tin. Ditambah pula, gua terpaksa mengayakan kamera video yang sebesar buah nangka itu. 


 Ketika gua sedang merakam detik-detik seorang mak cik merenjis air mawar kepada mempelai. Tiba-tiba, dengan sesuka hatinya dia merenjis air mawarnya ke sekeliling. 

 Tak pasal-pasal, bertepek air mawar singgah ke muka gua yang tak bersalah ini. Termasuklah lensa kamera video gua yang sedang merakam !

 Tidak mengapa, selaku videographer yang tidak berapa profesional. Gua buat-buat control macho.

" Ala perkara kecil je ni.." 

 Gua terus merakam sambil meleset-leset muka gua pada lengan baju. Kesannya, muka berseri-seri walaupun seminggu telah berlalu, hehe.. 



4 comments:

Yuna said...

badak itu comel ! loike!

ridoma said...

yuna: eh maakin perasan plak si hyppo ridoma tu nanti..

Cik Puan Muda Umi said...

haha..sabar je lah yek..hehe...
badak tu comel pulak tgk..hehe

ridoma said...

CPMU: konpem bertambah kembang lah si hippo tu.. =)