Nov 26, 2012

Terkini buat ketika ini

Muka kecewa, misinya gagal.

 Terkini, Isreal dan Amerika sedang mengunakan kebangkitan rakyat sebagai alasan untuk menjatuhkan Morsi seperti mana yang mereka telah lakukan pada Libya. Sekaligus cuba memburukkan kepimpinannya dan kredebiliti Ikhwanul Muslimin di mata masyarakat dunia.

 Mereka akui kegagalan misi kali ini bukan sekadar kemampuan Al Qassam, bahkan kelancangan Presiden Mesir dan negara serantau juga. Sebolehnya mereka ingin menjatuhkan pengaruh Ikhwanul Muslimin di Mesir, sebelum melantik pemimpin boneka di negara-negara terbabit bagi mempermudahkan urusan mereka meranapkan Palestin.-ridoma.

Suasana meriah, serang balas mereka
 berjaya mengugat serangan Zionis

 Terkini, rakyat Palestin rata-rata berkata, kami menang....!

 " Sebelum serangan, kami hanya boleh menangkap ikan sehingga 3 km daripada pantai. Sekarang kami boleh pergi lebih jauh sehingga 6 km. Bagi para nelayan, kami adalah pemenang !" kata seorang nelayan Gaza.

 Untuk makluman semua, bekalan ikan di Gaza sangat terhad disebabkan kepungan 'Navy' Israel di keseluruh pantai Gaza. Nelayan hanya dibenarkan menangkap ikan sehingga 3 km daripada persisiran pantai.

 Sekilogram ikan sardin sebesar 2 jari harganya RM 20 dan sekilogram ikan merah pula berharga RM 60 (sebelum serangan). Harga udang pula mencecah RM 100/kg. Tentunya ikan adalah makanan di kalangan keluarga Gaza yang 'berduit'.-Dr. Zainur Rasyid Zainuddin.

Terjemahan surah Al Isra: ayat 4-7.

[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

 Tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang-pejuang Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya.-rakan facebook.

8 comments:

✿INA AINAA✿ said...

Alhamdulillah.. Allahuakbar!! sesungguhnya orang Yahudi ni takut dengan Islam.. Jangan berhenti berdoa kepada saudara Islam kita di sana

farid omar said...

Benar mereka semakin takut, apatah lagi setelah Al Qasam dan negara serantau seperti Mesir berjaya menggugat kedudukan Isreal.

Setidak-tidaknya, mereka memerlukan beberapa bulan atau tahun untuk menyusun semula corak pemerintahan di asia barat (mengikut selera mereka, iaitu menempatkan pemimpin boneka) sebelum meneruskan semula agenda Yahudi yang ingin meranapkan Baitulmaqdis.

Jika merreka gagal mengunakan helah halus ini, bermakna mereka bakal berdepan dengan tentera Sultan Salahuddin Ayubi ke dua! Negara Isreal hilang daripada peta muka bumi.

Mrs Velentine said...

alhamdulillah

farid omar said...

Mrs.Velentine:
Kemenangan tidak akan kekal selamanya, andai kita tidak bersyukur dengan nikmat yang bersifat sementara ini.

Sarah Mohd Saleh said...

ya allahh kesiannya mereka.ditindas begitu sekali.mudah-mudahan mereka sentiasa dilindungi allah swt ;)

farid omar said...

Sarah Mohd Saleh:
In Shaa Allah..doa senjata mukmin.

sea_lavender said...

teruskan berdoa buat saudara Islam kita di sana.. doa senjata mukmin..

farid omar said...

sea lavender:
Terima kasih. Disebalik berita gembira yang bersifat sementara ini (jika umat Islam tidak terus beristiqamah), jangan sesekali kita alpa dengan isu yang berlaku di Syria dan Rohingya. Sesungguhnya mereka sedang memecah dan mengalihkan perhatian umat Islam.


Save Syria, Free Palestine!