Tok Abah hebat kisah perjuangan mu membesarkan kami. November ini, genaplah tujuh tahun tempoh persaraan mu. Sekali-sekala dalam renungannya yang terhenti, Tok Abah berkongsi peristiwa musim panas yang berlaku di tahun akhir perkhidmatannya, November 2006.
Ketika itu tarikh memilih sudah hampir, berbaki lebih kurang setahun lebih. Ramai yang membuat persiapan. Pastinya lebih wang diperlukan untuk menyiapkan jentera parti masing-masing mahupun sebagai persediaan awal belanjawan khas 'Taburan Janji'.
Kisahnya bermula apabila tidak semena-mena, bonus dan gaji untuk bulan Oktober Tok Abah ditahan oleh majikannya yang berstatus GLC. Tok Abah dituduh tidak membayar cukai pendapatan untuk beberapa bulan semasa berkhidmat, yang dikatakan bernilai sepuluh ribu ringgit.
Timbul persoalan, adakah selama ini wang gaji yang dipotong secara berkala sepanjang tempoh perkhidmatannya untuk tujuan pembayaran cukai pendapatan ghaib ? nasib Tok Abah bagai diinjak-injak dalam tempoh tersebut.
Orang lain bersara dengan senang hati, namun sebaliknya nasib Tok Abah dalam berhadapan isu berbangkit yang tidak masuk akal. Kejam !
Tok Abah redha dan terpaksa berdiam diri. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Kini jika diteliti semula, adakah berbaloi bantuan ringgit yang pertama kali diberikan setelah tujuh tahun memendam rasa, berbanding sekatan gaji dan bonus terakhir Tok Abah ?
Kami akui, kami tersilap pilih. Cukuplah peristiwa 'Pontianak Moden Menjelang Musim Memilih' ini menjadi tauladan untuk anak-anak kecil kami, agar dijauhi sifat pemimpin yang tidak mengenal halal haram.
Apalah erti hidupku andai terpaksa bertuhankan mereka yang beraja di mata, bersultan di hati.
2 comments:
kesian tok abah..
inikalilah.. =)
Post a Comment