Jun 1, 2013

Segmen Pilihan Bijak Siswa: Chicken wing


Bismillah..Puas hati dapat makan panas-panas, sedddap. Chicken Wing dan tonkeng ayam bro di lampu isyarat simpang tiga seksyen 8, berhadapan Mc Donald Bandar Baru Bangi memang terbaik.

 Aroma daun serai dan rasa madu meresap jauh ke dalam dagingnya. Terasa jusnya yang mengalir enak keluar melalui celahan daging. Pengalaman gigit yang sungguh menakjubkan. 

Menurut bro ni, dia menetap di Puchong. Namun dia sanggup berulang ke Bangi untuk menjual Chiken Wing kerana permintaannya yang tinggi di sini.

 Pilihan bijak bagi siswa IPT di kawasan sekitar Bangi untuk berbelanja. Tadaaa~ itu sahajalah perkongsian Pilihan Bijak Siswa kali ini.

Die die must try !








4 comments:

Unknown said...

yummy! tapi sy tak pernah teringin nak cuba ciken wing ni...taknak la sbb perasan sy mesti habuk2 melekat sbb jual tepi jalan kan...ntahla...

ridoma said...

Yg ni agak tersorok sedikit daripada kereta lalu lalang. Sebab kedainya di dalam kawasan perumahan. =)

Anonymous said...

Selaku pelajar yg mempunyai latar belakang asas kesihatan, saya tidaklah mengatakan saya menyokong makan makanan dari tempat yang kotor. Kerana memilih makanan yg 'Halal lagi Suci' itu adalah fardhu bagi setiap umat Islam.

Cumanya berdasarkan tempat chicken wing yang disyorkan penulis ini, saya anggap lokasinya tidaklah terlalu kotor atau berhabuk di tahap cipan.

Pada pendapat saya, saya menolak sebarang kualiti yg jelas kotor/ tidak suci lagi tidak halal. Namun apa yg paling penting, kotoran yang dimaksudkan tadi perlu diyakini tidak terlalu tercemar dan selamat dimakan.

Sesuatu yang berlaku dengan izin Allah. Jikalau Allah tidak mengizinkannya, maka ia tidak akan berlaku. Misalnya jika ada yg mengatakan tanah itu kotor, sedarlah berapa ramai umat hari ini yang hidup berlantaikan marmar yg bersih lagi berkilat itu, sebahagiannya juga pernah berasal dari kawasan kampung. Mereka juga sudah biasa dengan keadaan kehidupan yang 'kotor/berhabuk/berdebu' itu.

Namun Allah itu Maha Adil, kebanyakan umat tersebut kini telah berjaya, mengenal erti bersih dan selamat dari apa yang diistilahkan oleh manusia sebagai 'kotor'. Hanya Allah yang boleh mengerakkan sesuatu.

Cuma tugas selaku manusia, kita berhak berusaha memilih makanan yg 'halal lagi suci' berdasarkan keyakinan yang disandarkan kepada pemerhatian dan diselarikan dengan ilmu yg kita ada. Wallahualam... - Dr.Joanna Islam, Pakar Pemakanan Blog.

Anonymous said...

Chicken wing ni sedap sangat.first time rasa dan nak makan lagi.tq kepada yang memperkenalkan.zaujah