Semalam kami angkatan pelajar-pelajar LI, telah di bawa ke pusat penyembelihan binatang ternakan seawal 8:30 pagi. Langit seolah-seolah menunjukkan wajah muram-nya. Adakah keberangkatan kami ke sana mempengaruhi wajah mendung cuaca hari ini ? kami tetap meneruskan perjalanan.
Kebanyakan pelajar diam di dalam bas. Seperti ada yang tidak kena. Hujan pula turun renyai-renyai mengiringi perjalanan kami sepanjang ke sana. Bas yang membawa kami juga terpaksa dipandu sederhana perlahan dek kerana permukaan jalan raya yang licin. Setibanya kami ke Kompleks Abatoir, kami disambut dengan suasana yang suram. Pintu pagar kelihatan seperti sudah lama dibiarkan berkarat. Seram !..
Mboo !!!.. kedengaran suara lembu yang tiba-tiba mengembu, tapi ntah dari mana datangnya.
Terlintas juga di fikiranku untuk mengintai dibahagian dalam gudang itu. Apa yang aku nampak hanyalah puluhan ekor lembu yang tergantung dengan kepala terkulai ke bawah. Semuanya sudah tidak bernyawa lagi...
Sewaktu sesi mengambil darah, aku dan beberapa lagi pelajar lelaki berdiri dibahagian hadapan sekali. Seekor demi seekor lembu berjaya ditumbangkan dengan kuasa tenaga elektrik sebelum beberapa pakar menyembelih melakukan tugasnya.
Setibanya giliran aku, lembu habis. Kerbau pula yang ditumbangkan. Aku tidak kesah, siapa-siapa pun yang ditumbangkan.
Asalkan aku dapat darahnya !!!
Macam perempuan la kan kalau aku bagi alasan takut dengan kerbau atau takut tengok darah.
Aishh tak Gentleman langsung-lah !!!
Namun siapa sangka kerbau memerlukan renjatan tenaga elektrik berkali-kali sebelum berjaya dipengsankan berbanding lembu.
Berdentum !!! bunyi kerbau itu jatuh setelah berjaya dipengsan.
Lehernya segera dihiris dengan parang yang tersangat tajam, memancut-mancut darah keluar sejurus putus uratnya. Tidak semena-mena pekerja disitu mengangkat kerbau aku ke atas mengunakan mesin, pantas sekali sehingga aku tidak sempat mengambil darahnya. Katanya, urat putus berada posisi yang sukar untuk pelajar menadah pancutan darah. Maka aku perlu menanti seekor kerbau lagi.
Beberapa pelajar yang berada berdekatan dengan tempat kejadian sempat melarikan diri sebaik sahaja kerbau yang sedang mengelupur itu mendekati tempat kami berdiri, kecuali aku. Ntah mengapa kaki aku tidak mampu melangkah lebih luas. Badan aku seolah-seolah dipegang erat oleh suatu kuasa makhluk halus, sehinggakan aku tidak boleh bergerak sedikit pun. Aku hanya sempat memerhati rakan-rakanku berlarian mencari tempat selamat.
Aku puas berdoa bersungguh-sungguh sambil bermohon agar dapat mengelak daripada terkena tanduk kerbau yang besar itu. Hanya beberapa sentimeter daripada terkena, akhirnya aku dapat meloloskan diri ! rupa-rupanya-nya baju ku telah dipegang kuat oleh Nawa (Bukan nama sebenar. Dia seorang pelajar perempuan).
" la kenapa-lah kau tarik baju aku ?! "
" aku takut tengok darah kerbau tu memancut. "
" kenapa-lah kau tak lari macam budak-budak tadi ?! "
" aku panik lepas tengok korang semua lari tadi ! "
" huh ?! tau tak disebabkan kau, aku hampir-hampir terkena darah yang memancut tu ! "
" hehe.."
Huh.. segalanya kerana angkara darah memancut.. salam =)
16 comments:
ingat darah manusia tadi
farhan: hehe darah kerbau le..
macam ngeri je..
elis wanie: hehe mmg ngeri..tp if xngeri, xmerasa-lah dgg kt psr tu..
bau darah ayam pon dah mual lagikan pula darah kerbau...
yana daniel: hehe
pengalaman yg kompem xleh lupe smpai bile...=p
hahah
liyana syamimy: yeke ni beb...?
yanalililala: ;)
ye ar... best ar... agy best kalau dpt sembelih sekali.. ko xsembelih kan??? ke sembelih gk?
bagus2..pengalaman seronok ni..hehe..sebelum ni pernah sembelih ayam jer..kerbau tak lagi:) nice entry dudez
liyana syamimy: aku leh je smblih, tp nti ak xsmpai ati if dpt drh je, dgg nya xsah smblih.. haha...
cikgu tiramisu: hehe thnz..
wahhhh. bestnye pengalaman macam ni. tapi tak berani g sembelih kerbau. lembu. darah dia buat orang nak pengsan.-.-'
cik azeya: best memang best, tp tak laratlah nk mmbersihkan seluar dripada darah yg trprcik tu..
Post a Comment