Jun 5, 2013

Janji Allah itu benar.



Dulu umat Islam dikhabarkan akan ada seorang lelaki beriman bakal membuka Kota Baitulmaqdis, beberapa ratus tahun kemudian benarlah muncul seorang lelaki yang dimaksudkan. Dia adalah Sultan Salahuddin Ayubi.

Dulu umat Islam dikhabarkan akan ada seorang lelaki beriman bakal membuka Kota Konstatinopol/ Instanbul. Dia merupakan seorang lelaki yg baik, mempunyai tentera yg baik dan rakyatnya juga baik. Lelaki itu adalah Sultan Muhamad Al Fateh.

Dulu dikhabarkan akan tumbangnya sebuah kerajaan yg kuat tetapi zalim, iaitu kerajaan Rom. Setelah beberapa tahun turunnya surah Ar-Ruum, terbukti benar akan kekalahan tentera Rom di tangan tentera Parsi.

Selagi mana ayat-ayat yang terdapat di dalam Al-Quran ini tidak terpadam, dan dipegang oleh setiap umat Islam di dunia, maka selagi itu umat Islam akan terus berusaha dan mendapatkan saham darinya, kerana janji Allah itu pasti benar.











No comments: