Mar 14, 2012
Mar 13, 2012
ayah caring
Alhamdulilah indah nian sepetang lelangit asar. Peliknya ketika di surau, aku terasa begitu asing di bumi sendiri. Kebiasaanya ala apalah sangat, Sungai Chua tempat tumpahnya darah ku !
Kali ini, aku seperti berada di dunia yang sudah tua. Aku pandang saf pertama, kiri dan kanan, rata-rata orang yang sudah berumur. Jarang sekali aku lihat anak-anak muda, miskipun musim cuti sekolah sudah tiba.
Hanya beberapa kerat anak-anak muda, termasuklah aku. Sayang jika anak-anak muda yang bertenaga ramai. Namun yang hadir ke masjid tidak seramai orang-orang tua. Malu.
Ada juga yang berilmu, tahu serba sedikit ilmu agama. Rupa-rupanya, makin pandai makin sombong menjejakkan kaki ke masjid. Aku mendoakan agar mereka dibukakan hatinya untuk melawat rumah Allah ini.
Hari ini aku berpuasa, kebetulan kepalaku sedikit pening dan lemah. Mungkin lack of sugar due to excessive of exercise di Gym semalam.
Kelihatan beberapa orang kanak-kanak di hadapan aku sedang seronok bersembang sambil mengayuh basikal. Masing-masing melintas di hadapan aku yang sedang menuju ke arah kereta untuk pulang.
Salah seorang rakanya bertanya, " Wei kejap lagi kita jumpa di Cyber Cafe ya ?"
" Ala tengoklah dulu.. lau ayah aku baik tak apa, boleh la aku pergi. Ini tidak, dia terlalu caring pasal aku."
" Haha.." aku terus tergelak mendengar jawapannya.
Lucu sungguh jawapannya sehingga membuat aku tersenyum panjang sampai ke rumah. Hilang rasa pening di kepala aku. Kreatif budak-budak ini.
Percayalah, dalam kerisauan mereka akan ibu bapanya yang 'Caring terlebih', mereka tetap akan ke Cyber Cafe dengan apa cara sekalipun. Mengalahkan orang dewasa berbicara.
Mar 9, 2012
Muka berseri-seri
Gua dengan video kamera gua yang sedang berangan nak jadi cam Saiful Nang.
Eh semakin berseri-seri muka gua. Gebu semacam pengantin, hehe..
Hah begini ceritanya. Minggu lepas, gua ditugaskan oleh abang gua sebagai videographer untuk sebuah majlis perkahwinan.
Usai solat Jumaat berjemaah di Masjid Cheng. Gua dan abang gua terus ke rumah pengantin.
Majlis bermula dengan nikah, malam berinai kemudian bersanding pada keesokan harinya. Kerja gua senang. Mana ada mempelai, di situ gua pacakkan kamera video gua, merakam saat bahagia mereka.
Berpeluh satu badan gua, lencun. Mana tidaknya, berpusu-pusu orang ke dalam rumah sehingga sendat. Macam sardin dalam tin. Ditambah pula, gua terpaksa mengayakan kamera video yang sebesar buah nangka itu.
Ketika gua sedang merakam detik-detik seorang mak cik merenjis air mawar kepada mempelai. Tiba-tiba, dengan sesuka hatinya dia merenjis air mawarnya ke sekeliling.
Tak pasal-pasal, bertepek air mawar singgah ke muka gua yang tak bersalah ini. Termasuklah lensa kamera video gua yang sedang merakam !
Tidak mengapa, selaku videographer yang tidak berapa profesional. Gua buat-buat control macho.
" Ala perkara kecil je ni.."
Mar 6, 2012
3 rahsia menambat hati pembaca.
" Menarik tajuk artikel ini, tetapi semakin dibaca, semakin aku tidak faham dan membosankan." Kata-kata sebaik sahaja membaca sesuatu yang serabutkan kepala kita.
Ayat yang panjang berjela sehingga berbelit-belit. Akhirnya menyukarkan pembaca untuk memahami apa yang ingin disampaikan penulis.
Kelihatan serabut apabila terlalu banyak ayat dalam satu perenggan. Kesannya, pembaca akan tertanya-tanya bilakah penghujungnya dan membebankan.
Rahsianya ?
Pembaca gemar sesuatu yang cepat, ringkas dan padat. Pastikan satu perenggan kita tidak melebihi daripada 3 ayat.
Rahsia # 2 - Istilah yang di fahami umum pembaca.
" Aduh, sakitnya patella* aku..! " Jerit Razak sebaik sahaja jatuh ketika dalam permainan bola sepak.
* Tempurung lutut.
Tidak semua pembaca memahami istilah bahasa yang digunakan dalam sesetengah jurusan atau profesion. Sebaik-baiknya elakkan pengunaan istilah tersebut dalam penulisan kita. Ayat yang kurang di fahami, membantutkan minat pembaca.
Rahsianya ?
Gunakan ayat yang mudah difahami umum lapisan masyarakat. Sesiapa yang berjaya memberi kefahaman kepada orang lain, sedangkan perkara itu sukar untuk dijelaskan. Maka dia adalah bijak bagi saya.
Rahsia # 3 - Jaga hati pembaca.
Berlebih-lebihan dalam menerangkan sesuatu situasi. Misalnya aksi romantis atau penggunaan bahasa kesat.
Tujuannya bagi menimbulkan rasa tersentuh dalam hati pembaca. Tidak semua pembaca mempunyai tahap emosi yang sama dengan penulis pada ketika dia membaca penulisan kita.
Tujuannya bagi menimbulkan rasa tersentuh dalam hati pembaca. Tidak semua pembaca mempunyai tahap emosi yang sama dengan penulis pada ketika dia membaca penulisan kita.
Rahsianya ?
Jauhi daripada mengunakan ayat berunsur lucah atau mencarut. Tidak timbul isu karya yang kurang berkesan jika tidak mengunakannya. Sedih, seram atau humor, pastikan ada batas dalam penceritaannya.
Mar 2, 2012
CEA level in shisha smokers.
Menurut seorang saintis..
"What is hazardous with tobacco use is the smoke, not the tobacco itself. In other words, smoked tobacco is much more dangerous than tobacco used."
-1965, Wynder and Hoffmann.
-1965, Wynder and Hoffmann.
Number of daily preparations
|
Number of daily sessions
|
Total daily smoking duration
|
CEA mean levels (ng/ml)
|
p-values Smokers vs non-smokers
| ||
Light Smokers (n = 5)
|
1
|
1
|
≤ 20 minutes
|
1.06 ± 0.492
|
≤ 0.002157
| |
Medium
|
Smokers
|
1 to 3
|
1 to 3
|
≤ 2 hours
|
2.52 ± 1.15
|
≤ 0.9138
|
(n=28)
| ||||||
Heavy
|
Smokers
|
2 to 4
|
3 to 8
|
≤ 6 hours
|
5.11 ± 3.08
|
≤ 0.0001567
|
(n=26)
| ||||||
Overall hookah
|
exclusive smokers
|
1 to 4
|
1–8
|
≤ 20 min-6 hrs
|
3.58 ± 2.61
|
≤ 0.0937
|
(n=59)
| ||||||
Non-smokers (n = 36)
|
-
|
-
|
-
|
2.35 ± 0.71
|
-
| |
*Cigarette (n = 122)
|
smokers
|
-
|
-
|
-
|
9.19 ± 14.9
|
≤ 5.0 × 10-7
|
*Mixed hookah/cigarette smokers (n = 14)
|
-
|
-
|
-
|
7.16 ± 10.38
|
≤ 0.006069
|
Jadual: Tahap CEA dalam penghisap shisha.
"Patients with more advanced tumors or tumors that have spread throughout the body are more likely to have high CEA values."
"Patients with more advanced tumors or tumors that have spread throughout the body are more likely to have high CEA values."
Namun jika tahap Carcinoembryonic Antigen, CEA dijadikan sebagai ukuran. Semestinya perokok biasa menunjukkan tahap CEA yang lebih tinggi berbanding pengshisap shisha. Adakah ini bermakna Shisha tidak membahayakan kesihatan ?
Secara purata satu sesi menghisap shisha kurang daripada 40 minit atau lebih. Dalam erti kata lain, tempoh satu sesi menghisap shisha lebih panjang berbanding tempoh menghisap sebatang rokok.
Ini bermakna, lebih daripada sebatang rokok boleh dihisap dalam tempoh tersebut. Di sinilah tahap CEA dalam tubuh yang pada mulanya rendah, berubah menjadi satu angka yang menyamai atau mengatasi tahap CEA perokok biasa.
"Hookah smokers had higher levels of CEA than non-smokers although mean levels were low compared to cigarette smokers. Overall CEA levels in exclusive hookah smokers were low compared to cigarette smokers. However, heavy hookah smoking substantially raises CEA levels."
-Dr. Richard D. Hurt, a medical professional at the Mayo Clinic.
-Dr. Richard D. Hurt, a medical professional at the Mayo Clinic.
Bayangkan jika sehari individu tersebut menghisap lebih daripada satu sesi, dan setiap sesi lebih daripada tempoh yang dijangkakan tadi ?
Segala di atas sekadar perbandingan di antara orang yang tidak merokok, perokok biasa dengan penghisap shisha.
"The best way to avoid the risk of those types of cancer associated with tobacco use, and particularly with cigarettes smoking, is to stop smoking entirely."
-1965, Wynder and Hoffmann.
-1965, Wynder and Hoffmann.
Keluarkanlah apa seklipun fakta kesihatan atau hukum syarak. Mereka tetap mereka. Kata si penghisap shisha tegar, orang yang merokok sekalipun lebih panjang umurnya. Berbanding orang yang tidak merokok langsung, ada juga yang mati akibat kanser terlebih dahulu.
Bagi gua, orang yang hidup bergantung pada stimulan tanpa sebab yang kuat, mereka hanyalah hamba kepada bahan yang merosakkannya. Tidak gentleman.
Rujukan:
Rujukan:
Subscribe to:
Posts (Atom)










