Dec 27, 2010

pancing ikan (reunion gebang silang)

 Berbekalkan bakat yang di miliki Azwan ( Sifu mancing ), Geng Gebang Silang (GGS) maju setapak lagi semalam. Hanya dengan beberapa peralatan asas memancing, kami memberanikan diri meneroka dunia yang tidak pernah terlintas dalam hati untuk di cuba. 

Nasi lemak selaku mukhadimah agenda GGS sebaik sahaja tiba di destinasi ( Sg. Buah ).


 Pada mulanya memang membosankan ( Terpaksa bertapa menunggu ikan ). Kini tidak lagi, terima kasih sifu ! ( haha up sikit..) hasil tangkapan telah mengubah persepsi kami, terutamanya zarkashi ( pengerak utama GGS ). 

Gebang sekampung. Kini dia ( Pengerak utama GGS ) mencuba pot baru setelah berbangga menjadi individu pertama yang mendapat Talapia (je).

Gebang dengan hasil tangkapan terbesarnya.

Sifu mancing setting pole & joran untuk kitaorang.

Khusyuk. Tidak mengira tempat untuk bertapa dengan joran.

 Masing-masing mengaplikasi teori mengikut kepakaran yang ditimba di IPT. Antara kata-kata gebang Anas yang telah berjaya membuat Salleh ( seorang bakal doktor ) terdiam

 " Kau tak belajar lagi ek ? ." Tanya Anas kepada Salleh dengan muka tidak bersalah, setelah masalah kakinya yang terpijak paku tidak berjawab.

Kadangkala, manusia memancing tidak memerlukan kerusi. Begitu jua kadangkala kerusi memancing tidak memerlukan tangan untuk memegang joran. Tenang.

GGS merenung jauh ke dalam tasik, menghayati keletihan mancing sambil tersenyum puas dengan hasil tangkapan ( amatur ).

 Apa sekalipun, kami ucapkan terima kasih kepada sifu mancing, kerana berjaya membalas kepercayaan kami. Jika tidak, tidak mampu kami memancing .

 Kata-kata gebang sifu mancing di malam sebelum aktiviti, " Kita kena gerak awal esok, kalau lambat, nanti ikan liat ! ".

 Rata-rata kami mendengar dan percaya sahaja ( Almaklumlah kami kurang pasti bab mancing-mancing ikan ni. Bukan tak ada bakat ya ? tetapi memang ikan pilih kasih, liat sikit ! hehe.. ).

9 comments:

Anonymous said...

hehe... Syok memancing utk lelaki... Kalau pompuan compem jer cabut awal... Ikan tu blh wat salai... Cantik pemandangan luas kolam, indah ciptaan Allah yang maha ESA....

ridoma said...

cntik kn pmndangan. seronok mancing ramai2

NuSaNa NoSa 91 said...

cantiknya tmpt.. ^_^

farhana sahri said...

mancing

zazaw said...

memncing memerlukan kesabarann
HAHA

ridoma said...

keen: haha cantikkan? classmate awak yang bawak kami ke situ...tengku

farhana: mancing? ah'a..mancing ikan kat tasik je..

zazaw: hehe ya..tapi sy tak sabar..haha lalalalala

NuSaNa NoSa 91 said...

erkkk..?? mana tau kami sekelas?? =.="

ridoma said...

haha tanya sama hati

hans said...

wah
bestnya pancing ikan
lama xpancing ikan

P/S : 5 Perkara Yang Aku Tak Suka Bila Terperangkap Gara - Gara Kesesakan Jalan Raya