Dec 28, 2010

Melaka Bandar Raya Bersejarah ( jom balik kampung ! Cheng, Melaka )

 Sesekali pulang ke kampung, tidak tergambar bagaimana hati aku melonjak gembira. Cuti umum bersempena hari Natal, peluang yang tidak bisa dilepaskan. Bak kata orang, sementara kuat ini-lah masanya kita menziarahi sanak-saudara.

Sarapan pagi di Tengkera, Melaka. Mak lang dan Pak lang tumpang sekaki.
 Duit boleh dicari, tetapi hubungan istimewa antara kaum kerabat ini sukar ditukar ganti. Detik bersama keluarga harus sentiasa dicipta, kerana ini-lah detik yang sangat berharga. Harus sentiasa malar hijau. 

Suasana di sekitar salah sebuah persimpangan di Bandar Hilir, Melaka.

 Bandar Hilir merupakan bandar yang menonjolkan keharmonian penduduk berbilang etnik. Abah aku rupa-nya sejak kecil sudah sebati dengan budaya unik ini. Menarik apabila meneliti semula kesan tinggalan penjajahan Portugis.


 Mereka bukan sahaja meninggalkan keunikan binaan bangunan, malah bahasa bahkan etnik Portugis juga masih mempunyai sebuah penempatan khas di Ujong Pasir, Melaka . Bagi aku, pengalaman ini tiada di tempat-tempat lain. Teruja !

Merentas kesesakan jalan raya bersebelahan Hang Tuah Walk.

Replika Tepak Sirih, simbol kampung Cheng sejak sekian lama.

Halaman rumah kampung yang indah, milik Mak Ngah aku.

Rumah kampung jenis Limas, milik arwah atuk dan nenek aku ( huhu sedih tak sempat berjumpa mereka sepanjang hidup aku. Al-Fatihah untuk Ismail dan Nyah).

Tiada tolok bandingnya. Kata-kata yang terungkap sebaik sahaja melihat gambar melalui kaca mata lensa kamera murah aku ini. Sejauh mana sekalipun kemajuan dikecapi penduduk di bandar, keselesaan suasana tinggal di kampung lebih lagi. Ada kelas tersendiri !

 Inilah yang harus kita kekalkan. Identiti yang menjadi kegilaan sesetengah negara maju yang menyedari potensi budaya mereka. Jepun misalnya telah berjaya menyebarkan budaya-nya ke serata dunia. Tidak hairanlah sekiranya anak muda kita pada hari ini juga lebih mengetahui tentang budaya orang jepun berbanding budaya kita sendiri.

Tembok Selamat Datang ke Melaka, merupakan tarikan pelancong yang juga sudah lama di dirikan di hadapan rumah atok aku.

 Selamat datang kepada pembaca ! Terutamanya yang bakal menemui gambar-gambar coretan dalam Ridoma ini sewaktu bercuti disana. Tetapi tidak bagi aku. Aku masih ada urusan yang perlu diselesaikan. Jadi aku harus pulang. Selamat pulang semua...( haha )








16 comments:

zazaw said...

hehe
kalau naik bus
mesti lalu chengg punya laaa

Anonymous said...

Farid: Dapat balik jengah kampung sekejap pon dah ok laa... sekurang-kurangnya ilang rindu... :)

Haziq Yaacob said...

haha..dkt dgn kampus aku..

Mawar Merah said...

I think my in laws asik berjalan ke Melaka dh 2,3 kali in just one year kami berkahwin. Menarik. Byk tmpt lg xpegi.

@mi_RuL said...

pew...bnyk nya mkanan.....sdp2 plk 2...

ridoma said...

zazaw: lalu je? sgh la minum2 ptg...hikhik2 =)

yana: yea rindu ku trbalas

haziq: kampus pe ye?

mawar: pgi jgn x pgi hehe..

amirul: haha byk gle..smpi duk kt kdi tu xtau nk mkn pa da

ridoma said...

g jln2 ke blik kmpung?

shuffey.armie said...

sy study kt Melaka..hujung minggu ni balik la..haha

Qib said...

x penah smpai lg area melaka. rasa nak pi la kalau ada duit. ><

ridoma said...

armie: huhu berat je kan rasa nak masuk belajar semula.. tapi inilah yang akan menjamin masa depan kita kelak.

pinqib: insyaallah ada rezeki tu..

Mama Mikhayl said...

esok cuti...jom balik kampung.....malaysia menang...yeyeye....mari berkongsi kegembiraan ;)

Azian Elias said...

Salam,

dah lama sangat tak ke Melaka jenjalan. Just p wedding then balik...

Lain sangat bandar hilir.

Suka sangat kat rumah kg tu..

ridoma said...

daria: hehe cuti2 jugak...jangan lupa diri sudah hehe.

yan: nama auntie macam nama mak sy. hehe xpe, len kali kalau datang, stay kat motel uncle saya, betul2 dlm kawasan bandar hilir. kalau nak, contact saya ya?

Azian Elias said...

Ooo ye ke.. Bg kat aunty nama nya.. mmg teringin explore Melaka lagi. Masa study in 1986 - 88 kat s alam, sampai 5 kali ke Melaka.. Ada FB? add kat sana..

Syazween Farisya Hasan said...

weweet ! la . orang cheng rupenye . saye study kat AG . btw , thanx invite masuk contest :)

hawiz said...

lor..dekat jer..hawiz kt alor gajah..lendu/..hihi