Sejak kebelakangan ini, boleh dikatakan aku banyak menghabiskan masa membaca tentang perkembangan semasa di Mesir. Ntah betul atau tidak, ntah aku pun tidak tahu. Tetapi apa yang pasti, aku yakin ada sesuatu yang tidak kena di sana.
Mujur ada blogger yang berjaya menyajikan entri yang ringkas tetapi berkesan tentang perkembangan di Mesir. Sesuai bagi orang yang tidak suka membaca macam aku ini. Terima kasih woot ! woot !, kulaan dan K-own. Korang ni memang terbaik-lah !.
Korang punya pasal, hati aku terdetik untuk menulis entri ini. Bagi aku senario yang berlaku di Mesir bukan-lah suatu perkara baru. Protes secara besar-besaran ini telah bermula di sekitar negara liga-liga Arab, kemudian-nya menular menerusi laman facebook sehingga berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Mesir.
Sehingga suatu tahap, semangat perjuangan yang membuak-buak dikalangan ribuan rakyat akhirnya telah mencetuskan fenomena yang dasyat. Sedikit sebanyak, pada pandangan aku peristiwa kebangkitan rakyat kali ini seolah-olah mengulangi sejarah lampau dunia.
Sejarah pasti akan berulang jika kita terlupa akan-Nya. Kebangkitan rakyat di Asia Barat seumpama hari ini kebiasaan-nya mampu memberi impak yang besar kepada umat Islam di seluruh dunia.
Sejarah membuktikan di Asia Tenggara suatu ketika dahulu pernah merasai bahang revolusi pemikiran yang tercetus di sana. Umat Islam di negara kita seolah-olah mendapat inspirasi dalam menuntut kebebasan daripada penjajah. Semangat perjuangan ini lahir selepas umat Islam seluruh dunia pada ketika itu di seru menuntut kebebasan akibat daripada suatu peristiwa kebangkitan rakyat di Asia Barat juga. Sama-kan ? atau lebih kurang-lah..
Mahu tidak mahu, Islam mesti bersatu, bangkit, lalu menegakkan kebenaran di atas muka bumi Allah S.W.T.
Perkembangan di Mesir ini sama sekali mengusarkan negara-negara Dajjal yang bertopengkan keamanan. Inilah negara-negara yang sedaya upaya sejak ratusan tahun mencari kelemahan umat Islam. Berbekalkan pengetahuan tersebut, mereka berusaha..
to make a diseases look good.
to make a diseases look good.
Namun apabila Islam berjaya di sebarkan di seluruh dunia, konspirasi jahat mereka kian terungkap. Seringkali menjadi topik bualan di bibir para intelektual Islam di seluruh dunia. Antaranya ialah berkaitan helah angkara negara yang di pimpin dajjal, mereka sedaya upaya menjadikan perbuatan yang salah kelihatan baik.
Pada ketika itu mereka berkata, when a disesase look good and accepted by people all around the world, their mind automatically controlled by us ! . Misalnya manusia yang sering alpa dengan nikmat dunia, dengan senangnya menerima kemungkaran.
Maka sebab itulah sebaik sahaja lumpuh kerajaan Mesir, Amerika dan negara serantau yang selama ini membantu usaha kejam Zionis Isreal dalam mencapai matlamat menguasai Palestin ( bahkan menguasai pemikiran manusia seluruh dunia tanpa mengira agama ) mula tidak senang duduk.
Lihat sahajalah reaksi mereka, sebaik sahaja tali barut terkuat mereka di Asia Barat tersungkur, Amerika dengan lantas bersuara. Sedangkan isu di Palestin yang berabad lama-nya di tindas tidak langsung di hiraukan.
Walaubagaimanapun di sebalik kejatuhan kerajaan kuku besi di Mesir pada hari ini, akan bangkit satu kerajaan di sana yang benar-benar membela umat Islam di seluruh dunia. Secara tidak langsung fenomena ini mampu memberi motivasi kepada umat Islam di Malaysia bersama-sama bangkit menuju ke arah wawasan corak pemerintahan Islam persis di zaman Rasullah S.A.W. InsyaAllah..
10 comments:
takot bila dengar n bace pasal mesir..semoga semua cepat2 berakhir..mubarakk pun satuu..kita kat malaysiaa ni punnn yg xde kat snee..gerun tgkk..insyallah semua akan kembali pulih semulaaa.. :) harap2..sama2 kita berdoa semoga islam kembali kepada puncak kegemilangan..
perghhh...klasik keta tu...like!!!
huhu tkut jgkk tu . semoga umt islam di mesir selamat dr pergolakan yg berlaku tu . huhu sama2 la kite doakn yea ;)
akmal: insyaAllah..
keli: haha vw ni la yg bro bawa ke sane ke mari.. huhu letih ble ujan, ekon xder. so tpaksa le lap cermin yg berkabus
qila: tu nla pasal..hosni da sedap sgt duk jd presiden sampai dia sanggup jd boneka isreal & amerika.. semata2 nak jd kaya & kepentingan dia di mesir
semoga umat Islam mendapat iktibar dan pengajaran dari peristiwa nie.
skang nie israel dduduk tak senang, mkn tak lalu tido tak lena..cuak n takut si hosni tuh undur diri dr kerajaan mesir lebih awal..
selameni hosni la duk bantu dorang..
dh lama agaknya penduduk mesir tahan geram dn marah
islam kena bersatu, bukan meruntuhkan sesame sendiri
(tetibe semangat plek..btw, cool la cik kumbang merah..ahahaa..cumel ag tuh)
zirconia: insyaAllah..
fatin Allahuakbar ! =)
kau pun hebat gak !
hehe siapakah kamu.. tq
salam... em. setiap ari, rakyat Malaysia risau dgn keadaan di Mesir.. apatah lagi ibu bapa kepada pljr2 malaysia yg berada di sana...
banyak kawan2 kite yg melanjut pljrn di sana.. apa nasib mereka.. kite just mampu berdoa ..
walaupun bukan berlaku di negara kite.. tp kite perlu ambil iktibar.. harap2 perkara mcm ni tak berlaku di sini.. =)
Post a Comment