Apr 26, 2011

Apa pendapat anda tentang sinopsis ini ?

1.Genre: Dewasa.

 Benarkah genetik faktor utama sindrom Melayu tipikal ? Jika kenyataan ini benar, mengapa bangsa kita di zaman Kesultanan Melayu Melaka sudah berjaya membelah samudera sehingga ke Afrika Timur ? Pelbagai kejayaan telah kita kecapi, antaranya ialah ilmu perkapalan, astronomi, perubatan, kestabilan pemerintahan serta bermacam teknologi moden.

 Namun mengapa kita sentiasa dimomok-momokkan dengan keburukan bangsa kita sendiri ? Mampukah kita membina tamadun serapi itu jika bangsa kita tidak berdisplin ? Dan jika kenyataan di atas tidak benar, adakah ia sekadar cerita dongeng yang sengaja direka-reka oleh penjajah ? Apakah motif mereka ?


 Di sinilah bermulanya kisah seorang penulis blog. Mohamad merupakan seorang remaja yang cerdik, dia telah menjadikan pengalamannya tinggal di kampung dan di bandar sebagai satu memori yang tidak ternilai.

 Pelbagai pengembaraan menarik sewaktu Mohamad di sekolah rendah sehingga-lah ke menara gading, dikumpul dan dicoret satu persatu disamping menggabungkan hasil catatan sejarah, kata-kata tokoh terdahulu dan pemikiran logiknya sendiri dalam membongkar kesulitan ini.




2.Genre: Fantasi kanak-kanak


 Mega seorang kanak-kanak yang gemar mengumpul haiwan peliharaan.
Dia dikurniakan kelebihan boleh berdialog dengan setiap haiwan yang dijumpainya. Pada suatu hari, hobinya ini bertukar menjadi persaingan. Rakanya, Suria telah mempelawanya mengambil bahagian dalam pertandingan yang di anjurkan oleh pihak Zoo Rimba.

 Mega sudah pasti mahu menang. Berbekalkan hobi dan kelebihannya dia tidak sesekali berputus asa. Namun demi mencapai kemenangan tersebut, dia terpaksa melalui pelbagai dugaan yang diluar jangkaan logik manusia biasa. Pengalaman menarik ini telah berjaya mewarnai misinya dalam mengecapi kemenagan.

2 comments:

Anonymous said...

Aku setuju statement... I l0ve s0 str0ng kata-kata k0 tapi...! Em... Ak rasa itu sebenarnya cabaran itu kita agar kita pr0vekan itu tidak benar... Yg ada itu ada tapi bagaimana generasi akan dtg???? Adakah astr0mi itu mejadi sgt releven di masakan dtg??? Padahal mgkin ad itu blh dijadikan omongan k0s0ng jika org masih tdk sedar diri..!!

ridoma said...

bgs!!!hehe