May 28, 2011

Minggu Kedua

 Minggu kedua, aku ditempatkan di seksyen Bacteriology (PUS)/ Nanah. Segalanya berjalan lancar seperti yang telah tertulis dalam jadual aku. Rutin harian aku setiap pagi adalah membaca plate spesimen yang telah diproses kelmarin.

Spesimen PUS.

 Tengah harinya pula, aku bersama staff sedia ada memproses berpuluh spesimen baru tiba, kebanyakannya spesimen PUS dan HVS.  


Sesi taklimat keselamatan mengenai kebakaran.

 Minggu lepas makmal terbakar. Minggu ni taklimat keselamatan pula. Satu pencapaian yang boleh dianggap bagus untuk jabatan kami. Akibat daripada kejadian yang tidak diduga itu, ramai orang atasan telah sedar akan keselamatan pekerja.


En. Khairol sewaktu memberi penerangan tentang mesin kepada salah seorang pelajar LI.

 Semalam kami pelajar-pelajar Latihan Industri UiTM, UKM dan UIA telah dibawa ke Kompleks Abatoir Shah Alam. Di sini kami diajar cara mengambil darah lembu untuk dijadikan ramuan membuat BA dan Choc agar dengan teknik-teknik tertentu untuk mengelak daripada dicemari kuman.

4 comments:

Wanie said...

selamat berpraktikal..
last masuk lab macam ni, mase amik mikrob dulu..hee

Latest Entry: Tutorial

Fariduddin El-Islam said...

wanie: hehe tq..

Nurfazilah Cipa said...

wah!bestnye main ngn bkteria..heheh~gudluck ye??:)

Fariduddin El-Islam said...

nurfazilah cipa: main dengan bac? ish jgn, xsgp sy.. hehe