May 6, 2011

Fitnah Dajjal



 Tidak kiralah berapa ramai jumlah tokoh Islam yang terkorban, fokus seharusnya tertumpu kepada permainan fitnah si Dajjal. Disebalik hasil konspirasi si Dajjal bersama pakatan-nya ( Israil- Amerika ) diangkat oleh masyarakat sesetengah tempat, kononnya telah dianggap berjasa dengan beberapa keganasan yang telah dilakukan.


 Mahu atau tidak mahu, secara tidak sedar mereka ( Pakatan yang telah melakukan penindasan, dan pembunuhan ) telah memaksa keadaan untuk melahirkan lebih ramai lagi pahlawan Islam seperti Saidina Omar Al-Khatab, Zulkarnain, Salahhuddin Ayubi atau Al-Fateh di atas muka bumi ini.




 Kelahiran ini Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Mereka yang dijangka bangkit merupakan generasi yang akan menentang kuat melalui apa-apa cara sekalipun. Tidak kira sama ada berjuang dengan keupayaan ilmu yang tersemat di dada atau kudrat empat kerat yang ada.


 Di Palestin mahupun di rumah sendiri, perjuangan tetap perjuangan. Generasi baru ini sedia menyahut sebarang cabaran. Harus diingat, kami akan bangkit. Lawan tetap lawan !.


Nabi saw bersabda;
Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal ‘.
 (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

No comments: