Jun 14, 2011

Malam ke 11-14 bulan Rejab.

Malam ke-11.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat lapan rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Kafirun sebanyak sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka demi yang mengutuskan dengan hak sebagai nabi, tidak ada yang mengamalkannya kecuali dia seorang mukmin yang sempurna imannya dan Allah akan memberinya taman di syurga sebanyak rakaat yang ditunaikan.

Malam ke-12.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat dua belas rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah At-Takasur sebanyak sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t aka mengampunkan dosanya selama empat puluh tahun, mengangkatnya empat puluh darjat, serta 40 ribu malaikat meminta keampunan untuknya dan baginya pahala orang yang mendapat Lailatul Qadr.

Malam ke-13.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah dan disambung dengan surah At-Tin pada setiap rakaatnya, maka dia seperti telah membebaskan dua ratus hamba keturunan Nabi Ismail, disucikan daripada dosanya seperti ketika baru keluar daripada rahim ibunya dan Allah akan membebaskannya dari api neraka serta mengakrabkannya dengan Muhammad s.a.w dan ibrahim a.s.




Malam ke-14.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Ashr sebanyak lima kali pada setiap rakaatnmya, maka Allah s.w.t akan menuliskan untuknya pahala mereka yang solat dari Nabi Adam sehingga Hari Kiamat, membangkitkannya dengan wajah yang lebih bercahaya daripada matahari dan bulan, dan mengampunkan dosanya.



Sumber rujukan: Kelebihan & amalan Di Bulan Rejab,. Syaaban dan Ramadhan cetakan 2009.

6 comments:

Hans said...

terima kasih atas perkongsian ini
alhamdulillah
bertambah ilmu :-)

Nabila Nadzeri said...

terima kasih :)

Fariduddin El-Islam said...

hans: sama2..

Fariduddin El-Islam said...

nabila nadzeri: sama2 =) selamat beramal..

Hans said...

rajin2 lah update..
boleh saya baca n tambah ilmu :-)

Fariduddin El-Islam said...

hans: insyaAllah, doakan ridoma agr sempat meluangkan masa mnulis selalu ya?