Jun 18, 2011

Malam ke 15-22 bulan Rejab.

Malam ke-13,14 dan 15.
Diriwayatkan daripada Imam Ja'far ash-Shadiq a.s bahawa sesiapa menunaikan solat dua rakaat pada malam ketiga belas dengan membaca surah Al-Fatihah dan disambung dengan surah Yasin, Al-Mulk dan Al-Ikhlas pada setiap rakaatnya; empat rakaat pada malam keempat belas dengan membaca surah yang sama ( dengan malam ketiga belas ); enam rakaat pada malam ke lima belas denga membaca surah yang sama juga, maka dia akan mendapat kelebihan pada bulan ini serta akan diampunkan segala dosanya selain syirik.

Malam ke-16 dan 17.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat sebanyak tiga puluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Ikhlas sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka baginya pahala tujuh puluh syahid.

Malam ke-18.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An Nas, masing-masing sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka setelah dia menunaikan solat tersebut, Allah berkata kepada malaikat-Nya, "Andai kata dosa orang (yang menunaikan solat) ini lebih banyak daripada dosa puluhan orang, Aku tetap mengampunkannya."

Malam ke-19.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan Ayat Kursi dan surah Al-Ikhlas masing-masing lima belas kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan memberinya pahala sebagaimana pahala yang diberikan-Nya kepada Nabi Musa, memberinya pahala seorang syahid untuk setiap huruf yang dibacanya, tidak mendedahkan aib dan tidak mengiranya serta dia masuk syurga tanpa hisab.

Malam ke-20.
Rasullah s.a.w bersabda,sesiapa menunaikan solat dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Qadr lima kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t akan memberinya pahala Nabi Ibrahim, Musa, Yahya dan Isa a.s; dia tidak akan tergoda dengan jin ataupun manusia dan Allah melihatnya dengan pandangan rahmat-Nya.

Malam ke-21.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat enam rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Kautsar dan Al-Ikhlas masing-masing sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan memerintahkan malaikat supaya tidak mencatat keburukan baginya dalam jangka waktu setahun dan hanya mencatat untuknya kebaikan sehingga tahun berikutnya.

Malam ke-22.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat lapan rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Kafirun tujuh kali pada setiap rakaatnya, setelah itu membaca selawat untuk Nabi s.a.w dan keluarganya sepuluh kali, diteruskan dengan beristighfar sepuluh kali, maka dia tidak akan keluar dari dunia ini sebelum melihat tempatnya di syurga; meninggal dunia dalam keadaan Islam dan mendapat pahala tujuh puluh nabi.


SELAMAT BERAMAL =)




Sumber rujukan: Kelebihan & Amalan Di Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan- cetakan 2009.

2 comments:

Scha Nazri said...

banyaj betul fadhilat bulan rejab ni. subhan-ALLAH.

Fariduddin El Islam said...

syazana: =)