Jun 20, 2011

Minggu Kelima.

 Tamat sudah perjalananku di makmal Mikrobiologi selama lima minggu. Tidak cukup rasanya menimba pengalaman di sana dengan tempoh sesingkat ini. Namun inilah namanya latihan industri. Jika mahu lebih, kenalah bekerja. Mahu tidak mahu,semua orang terpaksa menerima hakikat ini.


 Di minggu terakhir, pelbagai pengalaman yang berguna telah aku perolehi. Di sini kebanyakan kerja dilakukan dengan bantuan mesin. Pendek kata, asal ada kerja mesti kena pakai mesin. Adapun kerja-kerja yang dilakukan secara manual seperti di bahagian Personal lab., tetapi tidak banyak.


>Ujian dijalankan di bahagian Personal lab.<





  Unit Virologi terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, Personal lab. (manual), Axsym (mesin) dan Dade bearing (mesin). Dua hari aku di Personal lab., tugasan aku adalah melakukan ujian mengenal pasti kehadiran organisma yang di beri perhatian lebih. Antaranya adalah seperti Chlamydia pneumonia dan Mycoplasma pneumania. 
> Teletah pelajar L.I fokus menyalin Log Book<


  Seterusnya aku menimba ilmu di bahagian Dade bearing, juga selama dua hari. Di sini 80% proses bergantung kepada pengunaan mesin. Sebaik sahaja memasukkan bahan yang diperlukan mesin, aku akan menanti keputusan dikeluarkan selepas beberapa jam. Mudah tetapi perlu berhati-hati, dikhuatiri ada bahan yang diperlukan mesin, terlupa disediakan. Sebarang kekurangan sewaktu mesin sedang beroperasi, pelbagai implikasi bakal menimpa.

   >Tiga jejaka MLT yang bertugas <




 Baki sehari yang tinggal dalam minggu terakhir ini, aku habiskan di bahagian Axsym. Sama juga seperti bahagian-bahagian yang lain. Fungsinya mengesan kehadiran beberapa penyakit, antaranya seperti HIV, HCV dan HBS melaui ujian yang telah di programkan.

                                                                    >MLT sedang mengunakan  Axsym<




 Tiada lain yang dapat aku katakan, terlalu banyak masa terluang di unit ini. Walaubagaimanapun, masa terluang yang ada dapat aku gunakan untuk membaca manual mesin dan prosedur yang telah disediakan.


 Senyuman serta layanan ramah yang diberikan MLT di unit ini membuat aku terasa lebih dekat dan berasa senang bertanya soalan. Apa sekalipun beringatlah, student buatlah cara student ! jangan lupa diri ya ..? selamat tinggal Jabatan Mikrobiologi.. salam =(