Jul 30, 2011

Minggu Kesebelas


Dari mana korang datang ? daripada zarah sehinggalah ke sel dan akhirnya ditiupkan roh oleh Nya. Satu kronologi kejadian manusia yang rumit jika dikupas dengan terperinci. Mempelajari asas kehidupan seringkali membawa aku memikirkan kebesaran Allah SWT. 


 Ayuh berfikir sejenak, bagaimana kehidupan seperti sel yang kecil juga menjalani kehidupan hampir sama seperti kita ? ada masanya ia juga makan, membuang, membiak, berhubung di antara satu sama lain, melindungi diri dan sebagainya.

 Unit cytologi berperanan selaku makmal yang memproses spesimen bertujuan untuk mengenal pasti keadaan sel semata-mata. Sebarang keabnormalan yang berlaku pada tubuh badan manusia kebiasaannya berkait rapat dengan keadaan sel selaku asas kehidupan.

 Jika korang di dapati menghidapi kanser, maka ia akan disahkan melalui keadaan sel. Jika korang menghidapi Thyroid, maka keadaan pada selnya jugalah ia akan ditentukan. Jika berlaku sebarang kebengkakan pada bahagian dalam vagina, maka pada selnya jugalah ia akan dapat ditentukan.

 Beberapa sel asas yang wajib di ketahui ketika berkelana di unit ini ialah, parabasal, intermediate, superficial, endocervical dan endomaterial. Pendek kata, kerja aku disini lebih kepada proses dan screen slide.

 Seronok pengalaman berada di sini, apa yang  penting ialah setiap perubahan pada jumlah selulariti atau morfologinya dapat membantu menyelesaikan pelbagai persoalan.

No comments: