Jul 29, 2011

Minggu Kesepuluh

 Penwarnaan khas dan Immunohistokimia.. masih tidak berganjak ke makmal baru. Ntah mengapa aku dijadualkan semula ke Histologi semula selepas dua minggu di Parasitologi. Bukan kerana prestasi ya ? sememangnya semua pelajar LI kampus kami terpaksa mengikuti jadual yang telah ditetapkan ketua Juruteknologi Perubatan.



 Namun jangan risau, entri aku kali ini tidak akan mengecewakan korang. Setiap minggu pasti ada sajian minda baru untuk korang. Selain daripada mendapatkan hirisan tisu untuk dihasilkan blok serta slide, slide yang telah siap wajib diwarnakan megikut penwarnaan-penwarnaan khas. Ini kerana, tidak ke semua sel dapat dilihat melalui jenis penwarnaan yang sama.

Manual method for staining.

 Manakala bagi sesetengah penwarnaan, seperti Immunohistokimia kegunaannya lebih menjurus ke arah mengenal pasti antibody yang ada pada sel. Kehadiran antibody dalam kadar yang tinggi satu-satu sel, mampu membantu mengenal pasti penyakit dalam tubuh manusia.

No comments: