Jul 19, 2011

Minggu Kesembilan

Schistosome spp. Male (with gyneacophoric canal) & female (dark worm) is held in it.

 Minggu kedua merupakan minggu terakhir, berat rasanya mahu meninggalkan jabatan ini. Apa jua sekalipun, kami harus akur kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. 


Pssss.... !!!! huk huk, aku dah tua la.. bertahun sudah aku ditinggalkan dalam kotak ini untuk tontonan pelajar.

Adoii !! sakitnya..nampak tak telur cacing pada dalam perut saya ?

 Pembelajaran minggu ini lebih tertumpu kepada serangga dan malaria. Berbekalkan sampel yang telah kami tangkap minggu lepas di Hutan Lipur Lentang, kini masanya untuk kami membelek sepuas mungkin. Setiap bahagian pada luar dan dalam tubuh serangga wajib dikenalpasti.

Pemandangan sewaktu dalam perjalanan ke kampus.

 Pelbagai peringkat setiap kehidupan serangga di selusuri. Semakin jauh ke dalam aku mengenali ciptaan mikro Mu, semakin aku mengkagumi kehebatan Mu, ya Allah. Dari sekecil-kecil organisma sehinggalah sebesar-besar kejadian, segalanya telah dijadikan dengan sempurna dan berpasang-pasangan.

Proses penerangan oleh pakar Entamologi Forensik.

 Aku terdiam sejenak menghayati keindahan ciptaan Nya setelah puas meneliti morfologi cacing Schistosome spp., kerana ianya mempunyai kantung seperti Kangaroo. Namun rupa dan fungsinya sedikit berbeza.

Mounting. Sebahagian daripada proses menyiapkan kerja seharian.

 Sebelum tamat sesi praktikal di sini, setiap seorang pelajar telah diuji. Alhamdulillah ke semua daripada kami lulus dengan cemerlangnya dan telah menerima sijil kompetansi. 

Pedicolous capitis (Kutu kepala)

2 comments:

Scha Nazri said...

wahhh. uniknyaaaaa!

*teruja*


#happybirthdaysyaz

ridoma said...

=) alhamdulillah syukur.. sesungguhnya ilmu Allah itu meliputi segala-galanya.. mempelajari kehidupan, beerti mempelajari mendekatkan diri kepada Allah SWT..