Sep 28, 2011

Semarak Syawal 2011

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak. Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).

 Ramadhan berlalu, Syawal juga hampir meninggalkan kita. Rata-rata kembali sibuk. Alpa pada rutin ibadah yang telah dikerjakan sepanjang Ramadhan dan Syawal. Di sebalik kealpaan ini, maka terbitlah satu istilah yang digelar 'BARAAN' di kalangan masyarakat Jawa di Malaysia. 

 
Aktiviti membakar lemang.

Pelbagai juadah hari raya yang sedia dihidangkan kepada warga emas Warisan Kasih dan anak-anak yatim As Solihin.

 Tujuannya mudah, menyemarakkan kembali semangat sambutan Eidul Fith di kalangan masyarakat setempat. Bersempena itu, kami persatuan SALAM mengambil inisiatif dengan mengadakan program komuniti iaitu, 'SEMARAK SYAWAL 2011'. Program bermakna ini telah diadakan di rumah warga emas Warisan Kasih dan rumah anak-anak yatim As Solihin, di Banting Selangor.


Telatah anak kecil As Solihin bersama warga emas Warisan Kasih yang dikasihi.

Dari Abu Daud katanya : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami.

Suasana malam yang dihiasi cahaya pelita dan bunga api.

  Pengalaman manis setiap sukarelawan SALAM yang telah ditetapkan bersama dua orang warga emas rumah Warisan Kasih dan dua orang adik daripada rumah anak-anak yatim As-Solihin selama dua hari satu malam benar-benar memberi keinsafan dan berjaya membuka mata masyarakat luar melalui usaha-usaha murni sukarelawan SALAM. Aktiviti bermula dengan gotong royong, membakar lemang, memasak rendang, ketupat dan pelbagai juadah hari raya yang lain.


Persembahan lagu adik-adik cilik As Solihin sambil menitiskan air mata mendendangkan nasyid yang menyentuh kalbu.

Penyampaian hadiah kepada adik-adik As Solihin dan warga Warisan Kasih.

Salam meraikan warga emas Warisan Kasih dengan beberapa potong kek yang telah disediakan untuk mereka.

Aksi bahagia salah seorang sukarelawan SALAM bersama salah seorang warga emas Warisan Kasih.

Turut tidak terkecuali kepada adik Balqis (9 tahun) dan adik Yakoob (12 tahun) yang telah memenangi hadiah Novel Kanak-kanak Islamik: MEGA, LOLI & CHOKI melalui kuiz.

SALAM..

 Selain itu, adik-adik As Solihin juga turut meraikan warga emas dengan persembahan nasyid. Sebelum pulang, pihak SALAM dengan bebesar hatinya menyampaikan hadiah kepada setiap warga emas Warisan Kasih dan anak-anak yatim As Solihin atas ihsan sumbangan beberapa dermawan dari seluruh Malaysia.




 Selamat membaca MEGA, LOLI & CHOKI..

No comments: