Jan 23, 2012

ridoma: Bersarapan di restoran mamak.

Restoran mamak di Bangi.

Cerita hangin, tak cerita pon lagi hangin satu badan. Nasib tak terKen*** je lagi. Dulu aku pernah tulis mengenai sebuah  restoran mamak  yang harga makannya tak berpatutan langsung. Hari ini, kebetulan di Bangi pula ceritanya.

 Tak sudah-sudah masalah harga makan yang tak munasabah. Bagi yang berduit tak apalah, mungkin lambat sikit terasanya. Bagi yang kurang berkemampuan pula bagaimana ?

 Pagi ini aku, mak dan abah ke salah sebuah restoran mamak di syeksen 7 Bangi. Dalam aku baik punya suap satu persatu roti canai banjir yang telah dicincang kecil oleh mamak. Tak semena-mena seorang mak cik di meja sebelah aku meluahkan perasaannya. Bukan perlahan, tapi kuat punya ! haha.. terkejut aku dibuatnya.

 " Saya makan nasi sama kuah je, sudah Rm 2.50 ! saya kerja jual surat khabar, sehelai untung sepuluh sen, ini macam punya makan (harga tidak berpatutan), mana tahan hari-hari. Other country also not like this ! ", kata mak cik yang dialeknya ala-ala cina, sambil membetulkan kedudukan tudungnya yang senget gara-gara geram dengan harga yang dikenakan mamak.

 Lalu dia pergi meninggalkan kami bertiga yang masih lagi terkebil-kebil, risau juga kalau-kalau dia buat come back. Yelah.. manalah tau, semangat tengah berkobar-kobarlah katakan.

 Sambil memerhati pemergiannya, suapan roti canai tetap diteruskan. No regret ! rugi.. apa nak buat, kalau inilah nasibnya. So pengajarannya, belajar rajin-rajin, kerja leklok. Pastu tolong orang dengan kuasa yang ada di tangan.

 Walaupun sebesar zarah ! dunia tak semestinya meminta sesuatu dengan duit. Ubahlah dengan cara tersendiri..

6 comments:

Camalill said...

pegi r luahkan kat mamak tu aunty. cakap kat depan muka mamak tu..hewhew

*ape pon takbley mmg skrg sume harga barang naik kan tapi gaji xnaik-naik pun*

ridoma said...

Camalill: Betul, harga sume dah naik, tapi gaji xnaik2. Xpon, gaji naik, harga barang pon naik. Sama je.

Kesannya, orang kelas pertengahan & bawahan yang terasa. Terpaksa terkejar2 mencuba itu dan ini atau sehingga menipu. Seolah2 diperbodohkan demi pemberian beberapa ratus ringgit.

Beri ikan kepada seseorang tak mungkin boleh mengubah hidupnya untuk sepenjang hayat, melainkan mengajarnya cara menangkap ikan dengan betul..

Apa pun, setiap org ada cara tersendiri, wallahulam..

amirah said...

2.50 utk nasi dan kuah?. mahal gilar woi.Lagi satu aku mmg anti makan kat restaurant mamak. dah la 24 hours sbb tu kuah kari die asek la recycle je. masak kuah kari baru pastu campur dgn kuah kari lama. geli woi pengotor dey. ridoma suka sgt ka pi restoran mamak?

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hmm for orng yg kemampuan, msti la rasa murah.. bkn ke spatutnya mamak murah? ishhh

ridoma said...

amirah: hehe sbb tu aku tak penah order air yg dieorg bancuh. better order air tin/kotak coz was2. makan pon yg dieorg baru goreng.. ceh mamak mmg gilo untung skang.. bukan nak tolong orang islam.

ridoma said...

muhammad Saiazuan Norhalik: erm ntah la.. mak cik tu pekik depan dia pon, dia buat dono je.. xtau malu langsung ! paling x, turunkan la harga lepas mak cik tu tegur..so dptlah aku harga dskaun hehe =)