Mar 20, 2012

Jangan bersedih dengan keputusan SPM.



 Anda calon SPM yang gagal mencapai target bukan kerana tidak pandai ?

 Takut dengan masa depan anda ?

 Jangan risau, Dr.ridoma sudi berkongsi cerita. Err cerita apa ya ? Ha cerita dogeng Mat Jenin hehe..

 Dr.ridoma ingin mengucapkan selamat berjaya kepada calon lepasan SPM yang bakal mendapat keputusan SPM. Bersyukurlah andai kita mendapat keputusan seperti yang dihajatkan. Manakala redhalah andai kita mendapat keputusan yang kurang baik.

 Keputusan hari esok bukanlah penentu masa depan kita sepenuhnya. Bagi yang berjaya, belum tentu mereka akan berjaya sepenuhnya dalam hidup. Namun beruntunglah dari kalangan mereka yang beringat di atas kejayaannya.

 Bagi yang kurang bernasib baik, esok adalah permulaan kepada hari yang lebih bermakna. Jika kita lemah, kita akan terus berputus asa. Sedih, sayu, mengseposenkan muka sambil memerhati senyuman kejayaan orang lain dari jauh.

 Sebaliknya, yakinlah dengan rahmat Allah SWT dengan sebenar-benar yakin. Berjanjilah kepada diri kita sendiri, bahawasanya selepas ini kita akan berusaha dengan sepenuh jiwa. Insya Allah kita akan berjaya kelak.

 Jadi mengapa bersusah payah belajar selama ini, apa gunanya mendapatkan keputusan yang cemerlang jika tiada bezanya ? 

 Jawapannya, bagi yang gagal mencapai target keputusan SPM, mereka tidak gagal selamanya. Ketahuilah kita telah diberi peringatan kejayaan yang sebenar, tidak lagi diulit mimpi yang panjang.

"Failure is the opportunity to begin again more intelligently." Henry Ford 


 Walaupun ada yang berpendapat, orang yang gagal boleh berjaya tetapi lambat berbanding rakan-rakan yang berjaya sewaktu SPM. Bagi Dr.ridoma, apalah sangat tempoh tamat belajar jika difikirkan.


 Apa yang mustahak adalah kejayaan kita pada masa akan datang. Ia belum tentu bisa dikecapi oleh rakan-rakan yang berjaya sewaktu SPM. Berdasarkan pengalaman Dr.ridoma, kejayaan seolah-olah telah membuai mereka agar berasa hebat.


 Akhirnya tidak ramai diantara mereka yang bersyukur dengan nikmat pemberian Allah selepas tamat tingkatan 5. Tiada berguna sedikit pun. Saya doakan agar terbuka hatinya.


 Lupakan keputusan SPM kita, carilah peluang untuk menyambung ke IPT dalam jurusan yang sesuai dengan jiwa. Setidak-tidaknya sijil seperti Pra-ijazah, Pra-diploma atau sijil yang berkesesuaian. Setelah itu sila pastikan kita mampu menyambung ke peringkat Diploma atau Ijazah.

 Di sinilah tempatnya untuk kita menunjukkan yang kita boleh belajar. Buktikan gagal sekali, tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya.

Firman Allah SWT, "...Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". (Surah Yusuf : 87)

 Tidak semua orang gagal kerana dia dilahirkan sebagai seorang yang gagal. Kegagalan seseorang itu boleh disandarkan kepada pelbagai faktor.


 Namun di mata masyarakat, faktor-faktor itu hanyalah alasan yang tidak bisa mempengaruhi tanggapan mereka. Rata-rata lebih cenderung menghukum berdasarkan keputusan SPM yang tertulis di atas sekeping kertas.


 Jarang yang menilai kegagalan seseorang dengan sangkaan yang baik. Maka buktikan kebolehan kita dengan peluang yang tersedia di IPT atau di mana sahaja.


 Sekurang-kurangnya kita mampu menjadi insan yang bertaqwa. Apa gunanya kejayaan yang dikecapi, andai sanubarinya gagal melahirkan rasa hina di sisi Allah SWT. Ubahlah mentaliti mereka yang selama ini telah bersangka buruk terhadap orang yang gagal.

Napoleon has said," Maybe in first time we cannot do, but if twice and so on
 we can conquer the mankind. "

__________________________________________________________________________


Jom semak keputusan SPM melalui SMS:


 Taip: SPM [NO KAD PENGENALAN] [ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888


Contoh: SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar ke 15888



  Perkhidmatan ini diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

6 comments:

Ira said...

Suka ayat anda yang ringkas dan tersusun. Sedap membaca blog anda.

Unknown said...

entri yg bagus.. kurang sikit debaran utk esok :) thanks!

ridoma said...

ira: terima kasih =)

ridoma said...

haruno hana: Sama2. Tiada apa lagi yg lebih bermakna, melainkan berkgsi pengalaman dgn calon SPM melalui penulisan. Sy seorg yg gagal mencapai target, kerana targetnya kabur, tp kini tdk lagi =)

najihahfara said...

rezeki untuk berjaya ada dimana2..cume kene rajin & terus berusaha

ridoma said...

Rajin = perihatin.

Nak perihatin perlu minat. Jadi bulatkan hati, pilihlah apa yang kita benar2 minat dalam hidup ni.