May 25, 2013

Misi membeli buku hari ini



Selesai sudah misi membeli buku hari ini. Cuaca di Festival Belia Putrajaya tidaklah terlalu panas. Sesuai untuk pejalan kaki. Apa yang menarik bagi saya adalah suasana sekelilingnya yang riuh rendah, bertenaga dan segar. Meeemang belia. Tak terasa sakit kaki walaupun berjam-jam di sana. Mungkin terlebih menjiwai semangat belia di sekeliling saya.

 Satu pengalaman yang menarik dapat memerhati gelagat pengunjung, sambil mengira jumlah pentas-pentas hiburan yang disediakan oleh pihak penganjur. Meeemang belia. Tak cukup dengan persembahan Kelab Penari Kebudayaan, Battle of the Band sehinggalah apa sahaja yang boleh meraikan majlis yang berlangsung. Binggit telinga. 

 Rata-rata khemah yang didirikan sepanjang 300 meter itu, akan dimulai dengan sebuah pentas dan juga berakhir dengan sebuah lagi pentas. Manakala, diantaranya pula ada tapak-tapak pameran. Kata mudahnya, 2 buah pentas untuk setiap khemah/pasar. Bayangkan jumlah pentas hiburannya, jika lebih daripada 5 buah khemah telah didirikan, tidak termasuk tapak pasar yang juga telah didirikan. Azan Masjid Besi dan Masjid Putra pun tengelam bunyinya. Itulah yang berlaku sewaktu Azan Asar semasa saya di sana.
 Meeemang belia. 

Sesuatu yang saya dapat sebelum pulang hari ini:
1. 2 buah buku terbitan PTS, Mustapha Kamal Atartuk & Hassan Al-Banna (RM49.95).
2. Belia = Hiburan (Secebis coretan pengalaman untuk dikongsi bersama).










3 comments:

Chekgu Anitt said...

buku2 tu mmg mnarik..
CA pn dh beli dh..
xrugi labur duit tuk beli ilmu

Anonymous said...

bagus, teruskan membaca.untung2 jadi penulis popular pulak lepas ni ye~ zaujah

ridoma said...

CA: Ilmu sangat beharga =)

Zaujah: In sha Allah..