Jan 20, 2011

Semakin aku diuji, semakin aku meyakini tuhan itu ada.

 Bulan pertama semester. Sesi kuliah bertali arus. Sesi makmal juga tidak putus-putus. Badan aku pun tidak juga kurus-kurus. Hairan bin pelik ! setiap hari sesi bermula seawal jam 8 pagi sampai tengah hari, seterusnya bersambung sampai ke petang. Tanpa rehat.

Sterile !

 Begitu-lah hidup aku setiap hari. Kebanyakan masa aku di makmal, menyiapkan kerja. Seusai solat, aku bingkas menuju ke kuliah dan seterusnya sambung menguruskan kerja di makmal. Sesekali singgah ke student center, sekadar meletakkan lab coat.

Ikut housemate beli sup lambung power !

 Soal makan pula, ada masa aku sempat makan, dan ada masa aku langsung tidak sempat makan. Aku hanya mengenal istilah kenyang, apabila kekosongan perut diisi roti enam posen. Kalau ada masa sedikit, sempatlah aku pergi mendapatkan roti himpit. Sebuah roti panjang yang dibelah dua yang ditugaskan menghimpit hot dog, sos, mayonis, dan sayur ciput. Bila mak talipon, aku terpaksa berbohong. Bukan kerana apa, aku tidak mahu mak turut berasa sedih bila mengetahui hal yang sebenar. Kebetulan aku jatuh sakit minggu ini. Perut aku masuk angin. Pedih gila.

Roti impit !

Promylocyte identification

 Kesibukan mengingatkan aku kepada solat. Bertapa pentingnya solat bagi aku, sehingga melepasi sempadan terapi. Tanpa solat, aku tidak tahu dimana lagi hendak menenangkan fikiran dan lenguh-lenguh di badan. Bayangkan dengan solat tidak sampai lima minit, aku terasa lega seperti rehat lebih dari itu. Aku serahkan segalanya kepada yang Maha Esa. Semakin aku diuji, semakin aku meyakini tuhan itu ada.


3 comments:

misSbLurRy said...

sedap ke roti impit 2?

ridoma said...

blurry: err alhamdulillah.. sy telan jer roti tu.. nk ckp sdp ke x, no komen..

sweetsyaza: hehe

LiYAnA sYAmiMy ♥ said...

roti himpit = roti + nasi impit ... betul tak?
nak try ar..<3