May 5, 2011

Lamb madaghout !

 Pada 30 April 2011, aku dan rakan-rakan sekali lagi makan malam di Restoran Zam-Zam. Restoran bercitarasa masakan Arab. Pelbagai makanan Timur tengah terdapat disini. Namun seperti biasa, kami sebulat suara memesan Lamb madaghout. Tetapi kali ini situasi agak berbeza sedikit kerana kami memesan empat kilo Lamb madaghout. MasyaAllah.. Sedddap !

Sebelum..

 Bagi yang berkunjung ke restoran ini dalam bilangan yang ramai, aku syorkan korang pesan madaghout ayam atau kambing. Bukan bermakna korang tidak boleh memesan selain dari menu ini. Masakan Arab tidak terlalu mahal, sebaliknya air minuman yang dijual agak sedikit tinggi berbanding di restoran lain.

 Bagi sesetengah pihak mereka menganggap, nasi Arab kurang menyelerakan kerana nasinya kering. Pada pendapat aku pula, nasi apa-apa pun memang kering. Namun, nasi Arab boleh dibasahkan dengan sup kambing. Barangkali stigma khuatir harga makanan yang mahal, mereka terus menyalahkan rasa masakan itu tanpa berfikir dalam membuat keputusan bijak. 

 Aku sendiri kurang pasti, ntah mengapa selepas pulang daripada tanah suci Mekah aku semakin tertarik dengan budaya ini. Tanpa kusedari, aku terus jatuh hati pada selera Timur tengah ini. Disana pertama kali aku mencubanya sewaktu singah sebentar di Al-jiziah, Mekah.

Selepas..

 Bayangkan haruman minyak masak zaitun semerbak menusuk hidung sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam restorannya. Seingat aku, kami makan sedulang lima orang bersama sebatang peha kambing. Disini keadaanya jauh berbeza sama sekali, ia tidak begitu.

No comments: