Minggu kedua, aku ditempatkan di seksyen Bacteriology (PUS)/ Nanah. Segalanya berjalan lancar seperti yang telah tertulis dalam jadual aku. Rutin harian aku setiap pagi adalah membaca plate spesimen yang telah diproses kelmarin.
Tengah harinya pula, aku bersama staff sedia ada memproses berpuluh spesimen baru tiba, kebanyakannya spesimen PUS dan HVS.
Minggu lepas makmal terbakar. Minggu ni taklimat keselamatan pula. Satu pencapaian yang boleh dianggap bagus untuk jabatan kami. Akibat daripada kejadian yang tidak diduga itu, ramai orang atasan telah sedar akan keselamatan pekerja.
Semalam kami pelajar-pelajar Latihan Industri UiTM, UKM dan UIA telah dibawa ke Kompleks Abatoir Shah Alam. Di sini kami diajar cara mengambil darah lembu untuk dijadikan ramuan membuat BA dan Choc agar dengan teknik-teknik tertentu untuk mengelak daripada dicemari kuman.
4 comments:
selamat berpraktikal..
last masuk lab macam ni, mase amik mikrob dulu..hee
Latest Entry: Tutorial
wanie: hehe tq..
wah!bestnye main ngn bkteria..heheh~gudluck ye??:)
nurfazilah cipa: main dengan bac? ish jgn, xsgp sy.. hehe
Post a Comment