Jun 12, 2011

Minggu Keempat

                            Immage 800
 Selamat datang ke dunia fantasi tanpa sempadan. Disinilah kita semua suatu hari nanti akan tinggal. Suasana habitat ala-ala Star Wars yang serba moden ! lihatlah bertapa kukuhnya tiang bewarna hitam itu dan lihatlah latar belakang yang dihiasi bangunan-bangunan mega tegap berdiri .

 Kereta pada zaman ini semuanya terapung di udara. Bak kata orang setakat UFO lalu sebelah kereta tu, sudah menjadi kebiasaan bagi kita. Eh siap boleh lambai tangan lagi pada makhluk asing la katakan !
 hehe sumpah aku tipu, gambar di atas adalah gambar mesin Immage 800. Sebahagian daripada mesin yang kami gunakan di unit Immunologi.


RPR & RF test.                      .    
 Salam sejahtera, bertemu lagi kita dalam rancangan.. makmal perubatan ! yeeeha.. alamak terlebih sudah, maaf ya. Hidup mesti ceria, betul tidak ? pekara yang pahit jangan dikenang-kenang, jika dikenang alamatnya meracunlah diri. Baiklah, berbalik kepada tujuan asal menulis entri ini ! sebenarnya... Dragon Ball ada tujuh biji kesemuanya =)

             Merekod kehadiran antibody dalam serum.
Maaf maaf, kembali serius. Minggu ini aku singgah di unit immunologi. Disini unitnya berfungsi memproses sampel serum (yang telah siap dipisahkan daripada tiub darah) untuk mengenalpasti kehadiran immunoglobulin. Dalam unit ini, terdapat dua jenis sampel yang tersangat penting dan tidak boleh dikembalikan, iaitu sampel forensik dan sampel bayi.



                                                                               Mesin PHD- ANA & ASMA
   Setiap sampel yang hendak diproses ada TAT-nya (turn around time) sendiri. Sesetengah sampel TAT-nya boleh mencapai 7 hingga 14 hari. Bermakna kerja aku hanya menunggu sampel yang telah sampai masa untuk diproses. Ada kalanya agak sibuk, namun ada kalanya juga aku melangok kerana tiada sampel yang boleh diproses.






     Merekod kehadiran antibody pada tisu badan.
 Seronok sepanjang seminggu berada di unit ini. Banyak masa terluang yang aku gunakan untuk menabur bakti pada orang lain. Mana tidaknya, asal ada masa terluang, aku suka berjalan ke unit lain. Pada ketika itulah kebanyakannya aku menolong staff lain menyiapkan kerja mereka. Bukan menyibuk ya, tetapi aku dianggap serba boleh. Terima kasih tidak terhingga kepada semua staff yang ramah dan sungguh baik hati, semoga ilmu yang diturunkan oleh mu mendapat keberkatan yang berpanjangan. 

4 comments:

syahnabil said...

Terima kasih...posting yang memberikan info berguna buat saya...

saya masih dilanda masalah...memerlukan bantuan jika anda punyai pengetahuan cara selesaikannya...sila rujuk blog saya...tq.

ridoma said...

syahnabil: sama2..insyaAllah sy akan bantu jika mampu

aNa d'sKoDenG said...

wah...puji melambung nih..ada apa2 ke?

ridoma said...

ana d'skodeng: hehe xde la kak ana.. =) mmg staff semua btul2 baik..