Feb 1, 2012

Sandiwara Z (9)

Tiada siapa boleh menyekat kekejaman Z

 Hampir setahun sudah kes Z dengan Mahkamah Syariah berlanjutan, namun masih belum ada tanda-tanda dia insaf. Puas ditekan keluarga mangsa, namun hasilnya Z tetap Z.

 Tiada masalah bagi Z untuk menepis sebarang ancaman sebegini jika kuasa mahkamah berjaya diperkotak-katikkan olehnya, apatah lagi ragam si bapa mangsa. Dia gelak, dia senyum melihat kebodohan si bapa mangsa yang terkial-kial mencari solusi kepada permasalahan ini.

 Z sedang enak mendera psikologi si bapa mangsa yang telah banyak mengkucar-kacirkan kehidupannya selaku Jantilanak. Ditelan mati emak, diluah mati bapa, begitulah perumpamaan si bapa mangsa.

 Sememangnya di Malaysia amat sukar untuk mendapatkan pertolongan dengan isu-isu begini. Alasannya, anak tuan sudah lebih daripada 21 tahun, kami tidak dapat berbuat apa-apa selagi tiada saksi untuk mengesahkan kesalahannya, kes anak tuan kurang penting atau kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana si pelaku salah menggunakan ilmu sihir dalam mempengaruhi duit poket anak tuan. Muak saya mendengarnya !

 Kini terkapai-kapailah si bapa keseorangan di lautan dunia yang serba mementingkan diri sendiri. Jika di negara China, orang awam takut untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan, kerana khuatir akan dipertanggungjawabkan atas kesalahan orang lain terhadap dirinya, di sini masalahnya tidak jauh berbeza. Kejam !

 Pelbagai cara telah diikhtiarkannya, termasuk perubatan Islam. Namun ilmu yang digunakan Z mengatasi segalanya. Ada juga yang berhasrat untuk membantu. Sayang sekali, hajatnya terhenti di permulaan jalan sahaja. 

 Tidak pasti di mana silapnya, kes tertangguh seolah-olah dibiarkan begitu sahaja si Pendakwa Raya. Bila ditanya kepada si bapa mangsa mengapa kes ini senyap begitu sahaja, bukankah sepatutnya ada perbicaraan pada bulan tiga lalu ? Si bapa diam membisu.




 Paling tidak, selepas ditanya bertubi-tubi. Dia menjawab, hal birokrasi pejabat agama dan Mahkamah Syariah-lah yang menyebabkan dia terpaksa menanti sehingga ke hari ini. Di tubir matanya kelihatan kristal yang menanti titisnya ke bumi, mengenangkan apa yang telah terbuku sekian lama, terpaksa mengalah dan melihat gejala maksiat di hadapan mata kepala sendiri.

 Dia sudah berusaha dan tidak sesekali berhenti berjuang, namun cukupkah sekadar dengan tenaga tulang empat keratnya seorang ? Dia tidak mampu menumpaskan kejahatan Z jika dengan tangannya sendiri tanpa bantuan pihak yang lebih arif tentang hal agama dan perundangan.

 Sungguh menjengkelkan, jika memang benar pekerja di pejabat agama atau Mahkamah Syariah sendiri belum cukup tauhidnya !

 Jauh sungguh pengertian uhkwah di hati mereka. Sampai bila Z perlu dibiarkan, adakah sampai anak-anak kita menjadi mangsa nafsu serakah Z kelak ? Fikir-fikirkanlah.

 Z sudah bermaharajalela, menurut si bapa anaknya kini terpaksa menaiki teksi ke tempat kerja. Mungkin juga apa yang terkandung dalam firasatnya, si anak sudah tidak lagi memegang kad ATMnya. Bahana penangan candu cinta yang palsu !

 Siapa yang sanggup melihat anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya ke menara gading, menjadi mangsa penipuan Z sedangkan si bapa hanya mampu melihat dan mengadu sendiri ?

Rintihan seorang bapa

 Hatinya menangis setiap kali mengenangkan persekitaran yang menjijikkan ini. Di luar, orang sibuk menjanjikan gagasan itu dan ini, tetapi di rumah, di jiwanya penuh kecelaruan yang tidak bisa didengari sesiapa sekalipun.

 Mana perundangan, mana keadilan, mana agama, mana perikemanusiaan ? Lempias jiwa seorang bapa yang sudah lama menakung tangisan darah..


IMBAU KEMBALI KISAH BENAR Z:

EPISOD 8                                    EPISOD 7

EPISOD 6                                   EPISOD 5

EPISOD 4                                    EPISOD 3

EPISOD 2                                    EPISOD 1

4 comments:

esya said...

sebab itu lah ye islam melarang ber'couple' sebelum kahwin. hubungan tak terjamin. Jantan tu anytime leh ragut maruah+harta selepas itu cabut lari. paling teruk bila dah buntingkan perempuan tu pastu tak nak ambil tahu. dunia oh dunia~~~

ridoma said...

esya: Benar tu, tapi mahu tidak mahu, kita terpaksa menerima hakikat bahawa masyarakat hari ini rata2nya masih di fasa Mekah.

Satu fasa di mana keadaanya hampir sama dengan manusia yang pada ketika itu masih diperingkat awal dalam penerimaan dakwah Rasullah SAW.

Maka, tugas kita adalah berkongsi ilmu dengan cara yang tidak memberatkan minda mereka agar mereka faham dan mengamalkannya.

Sewajarnya KISAH BENAR Z dijadikan iktibar dan sempadan untuk para pembaca ridoma.

Semoga KISAH BENAR Z ini suatu hari nanti tersebar ke seluruh Malaysia dan kes Z diadili dengan kaedah yang betul.

Percayalah, mata pena itu lebih tajam dan merbahaya daripada mata sebilah pedang.

Razil Tahir said...

huuuu... baru tahu orang macam nie wujud..
amek teladan dari kisah nie...

ridoma said...

Razil Tahir: Terima kasih tuan. Benar kisahnya wujud, tapi perangai seperti ini tak patut wujud dikalangan kaum Adam..