Sep 22, 2011

Novel Kanak-kanak Islamik Terbaru, 'MEGA,LOLI & CHOKI'.


Alhamdulillah...akhirnya karya sulung yang ditunggu-tunggu telah diterbitkan. Mengimbas kembali entri 'Mega Bakal Terbit' , akhirnya impian melihat karya ini diterbitkan menjadi kenyataan. Sebuah novel kanak-kanak Islamik terbaru yang kaya dengan kisah-kisah teladan melalui keadah penceritaan yang kreatif dan santai.

Novel terbaru , 'MEGA, LILO & CHOKI' keluaran MUST READ SDN BHD ini sarat dengan info-info berguna dalam mendidik anak-anak kecil mengenai maklumat sebahagian kecil haiwan di dunia.

Pelbagai watak-watak menarik yang telah disusun dalam kaedah penulisan yang mudah difahami. Sesuai dibaca seisi keluarga.


Mega amat gemar memelihara haiwan. Dia mengangap kucing peliharanya, Loli sebagai sahabat baiknya. Malah dia merasakan dia boleh berkomunikasi dengan haiwan.


 Satu pertandingan haiwan peliharaan unik telah membawanya ke Sabah dalam usaha mencari haiwan yang unik. Di Sabah, Mega telah hilang di dalam hutan. Semasa kejadian itu, Mega telah berjumpa dengan anak Orang Utan, Choki dan rakannya.

 Akibat dari kesungguhan Mega untuk mencari haiwan peliharaan dan kehilangannya di hutan negeri Sabah, ayah Mega telah berusaha untuk mencari haiwan yang unik kepada Mega. Apakah yang diperoleh oleh ayah Mega? adakah Mega akan memenangi pertandingan tersebut?

Judul: MEGA, LOLI & CHOKI.
Kategori: Novel kanak-kanak
 Harga Semenanjung: Rm16.90
Harga Sabah /Serawak: Rm19.90
Jumlah muka surat: 221 M/S.

Sebarang pesanan atau pertanyaan:
E-mel: jeda0110@yahoo.com.my
Hubungi: 03-41431611 (Puan Zaida)

Selamat membaca..

9 comments:

aini said...

citer la skit part2 yg islamic.xpun keistimewaan dlm novel ni...

A.I.N.S.Y.A.H said...

bestnye baca buku knk2.. ;)

Fariduddin El Islam said...

aini: Petikan daripada M/S 15-16, MEGA LOLI & CHOKI.

"Kenapa dengan solat kita boleh menjaga pekerti, ibu?" tanya Amani, adik bongsu Mega.

"Solat itu ibarat tiang agama. Apakah yang akan berlaku sekiranya rumah kita ini tidak bertiang?"

"Robohlah jawabnya!" jawab Mega sambil tersenyum kepada adik-adiknya. Puan Maya juga turut tersenyum melayan telatah anak-anaknya bersama suami tercinta.

"Maksud ibu tadi, solat bukan sahaja suatu ibadah wajib yang perlu kita laksanakan malah kepentingan menunaikan solat adalah bertujuan mendapatkan perlindungan daripada Allah agar terhindar daripada melakukan segala perbuatan keji dan mungkar. Solat dapat membentuk hati kita yang secara fitrahnya tidak mahu melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah."

Encik Firdaus mencelah, "Semakin kita dekat dengan Allah, Semakin kita berasa hina di sisinya. apatah lagi ingin menyombong sesama manusia. Ingatlah wahai anak-anak abah, tiada bezanya kita sesama manusia, mrlainkan ketakwaan kita di sisi Allah. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa menjaga ibadah kita dan menjaga nada pertuturan serta perlakuan agar tidak sesekali menguris hati orang lain."

Fariduddin El Islam said...

AINSYAH: hehe betul tu. Membaca buku kanak2 tidak terlalu sukar sehingga memeningkan kepala, sebaliknya pelbagai kisah2 berguna dan ilmu disampaikan dalam penceritaan yang santai dan mudah difahami..

Anonymous said...

Kanak2 mne yg ske bce buku smpai 200 ms?

yaya_flanella said...

tak semestinya kanak2 tu kena baca sorang2. penceritaan juga boleh dibacakan oleh ibu bapa mereka. tahniah bro. buku2 macam ni kalau letak kat library sekolah rendah mesti laku. keep it up. :D


anon : yaya dulu kanak2 suka baca novel jugak. ini untuk tahap darjah 3 dan keatas. nama pun novel mestilah 150 m/s keatas. :)


jangan kita tahu memberi komen negatif sahaja tanpa mentelaah isi minda penulis :)

Fariduddin El Islam said...

yaya_flanella: Terima kasih saudari Yaya. Saya amat bersetuju dengan pandangan membina yang anda berikan. Selamat membaca dan menyokong Novel Kanak-kanak Islamik (MEGA, LOLI & CHOKI)ini..

Unknown said...

satu pendekatan yg bagus untuk generasi akan datang....

ridoma said...

fendy: Semoga pengisian novel ini membantu generasi akan dtg menjalani kehidupan selaku muslimin yg berjaya.