Setelah 10 episod Zack muncul dalam sandiwara Z, mungkin ramai yang menganggap Zack lelaki bujang terantang-tang. Paling tidak seorang suami yang baru berkahwin atau duda. Buat pengetahuan pembaca, Zack sudah mempunyai tiga orang anak.
Sepanjang berkahwin, dia tidak pernah menambah bilangan isterinya. Namun secara diam-diam Zack menyimpan perempuan lain sebagai pendapatan sampingan baginya. Konflik rumahtangga dapat dikawal dengan baik oleh Zack. Baik melalui cara kekerasan ataupun cara halus.
Sayang sekali setelah beberapa perempuan ditipunya, si isteri dapat diredakan dengan hanya berbekalkan kemahiran putar belitnya sahaja.
Acapkali berlaku pertembungan antara keluarga mangsa dengan si isteri Zack yang sah, pasti berakhir dengan si isteri mempertahankan suaminya.
Katanya, " Perempuan itu (Si mangsa) yang tergila-gilakan suami saya !" jawapan ringkas, namun siapa tahu itulah harapan yang ditanam oleh Zack ke dalam kepalanya saban hari sebelum keluar rumah atau ketika berlakunya konflik.
Si mangsa juga sudah ditanam perkara yang sama, " Zack beritahu, perempuan gila (Isteri Zack yang sah) tu jangan dilayan !".
Bagi si mangsa yang dikaburi hatinya, Zack tidak mungkin akan menipu harapannya.
Dalam pertemuan terbaru dihidapan Pantai Port Dickson beberapa bulan yang lalu. Pihak keluarga si mangsa masih bertindak waras dan memilih berdiplomasi dengannya.
" Zack, awak ada anak perempuan. Adakah awak tidak mempunyai rasa sebagai seorang ayah sekiranya nanti anak awak diperlakukan perkara yang sama seperti mana yang awak lakukan kepada anak saya ?" tanya si ibu mangsa.
Zack membisu. Paling tidak, dia memberi harapan baru kepada keluarga si mangsa.
" Sekarang kebetulan saya dan anak puan masih sibuk. Saya berjanji saya berkahwin dengannya awal bulan dua ini."
Sembilan hari telah berlalu daripada tarikh yang ditetapkannya. Seperti biasa, Zack sekadar berjanji kemudian tinggal janji.
Sebaliknya, Zack mengunakan mental torture ke atas bapa mangsa. Beberapa kali dia mengupah orang membuat pangilan ke atas bapa mangsa. Kononya si pemanggil adalah bapa Zack yang ingin datang untuk menyelesaikan isu pernikahan anaknya itu.
Disaat usianya masih muda, Zack tidak langsung memikirkan rezeki haram yang diberikan kepaa anak-anaknya. Jauh sekali masa depan anak-anak yang bergantung sepenuhnya kepada pendapatan Isterinya.
Apalah perasaan mereka apabila mengetahui perbuatan ayahnya selama ini sebagai seorang pengkhianat keluarga. Si isteri pula sedaya upaya mempertahankan perbuatan suaminya demi anak-anak, termasuklah melarang sama sekali tindakan undang-undang sekiranya suaminya dipenjarakan.
Katanya, " Demi masa depan anak-anak saya, saya tak benarkan pak cik dan mak cik (ibu bapa si mangsa) datang ke rumah saya untuk berunding. Apatah lagi menerima kehadiran pihak Jabatan Agama Islam, saya tidak mahu anak-anak saya menanggung malu apabila melihat logo JAKIM yang tertera pada van mereka. "
" Kalau boleh, biarlah kes ini selesai dengan cara baik. Ya saya mengaku selama Zack berkahwin dengan anak saya, satu sen pun Zack tidak pernah keluar duit. Semuanya saya tanggung. Baik rumah, kereta sehinggalah tempat dia bekerja juga atas ihsan saya. Saya tahu dia juga pernah memukul anak saya, tetapi itu hal keluarganya jadi saya selaku bapa mentua tidak berhak masuk campur. Walau apa sekali pun tindakan kita, harap fikirkanlah nasib anak saya yang terpaksa menjaga anak-anak (cucunya) seorang diri tanpa suami." Celah bapa mentua Zack.
Kelihatan dia cuba memainkan sentimen simpati. Tanpa disedari pendapatnya telah mempengaruhi pendapat tuan hakim, secara tidak langsung telah mengenepikan hukum berkahwin. Haram berkahwin jika sekiranya si suami berniat menginaya pasangannya.
IMBAU KEMBALI KISAH BENAR Z: